Tandatangan buku pelawat

Solo jer di Jamboree Jasin..

Buat pertama kali dalam penyertaan Jamboree, @tokMTB hanya menurunkan seorang wakil iaitu Yan bagi menyahut cabaran Jamboree MTB Jasin 2010 pada 2 Mei lalu..Lain-lain rider tidak dapat menyertai atas alasan masing2, manakala Yan memang ada alasan kukuh kerana boleh balik rumah mertua di Ayer Molek..hehe
Seawal jam 6.45 pagi telah bersiap sedia bertolak dari rumah Ayer Molek ke Jasin..macam jauh jer, padahal 20 minit jer boleh sampai..

Giant ATX yan kali ini dibawa khas menggunakan MPV baru..rugi laa saper tak ikut, kalau tak boleh tumpang..

di atas adalah laluan seperti yang di berikan oleh pihak penganjur melalui blognya

manakala yang ini adalah laluan trek yang dilalui oleh Yan..macam tak sama jer..

memandangkan solo..gambar sendiri takde..ambik gambar orang lain je laa..suasana ketika di garisan permulaan..

Anggaran rider yang menyertai adalah 800 orang..tahniah buat penganjur..

dah berlepas jam 8.00 pagi..melalui pekan Jasin..di eskot oleh polis traffik

memang meriah..

sepoi sikit..baru masuk offroad, kekecohan berlaku kerana rider tak jumpa tanda laluan..semua duk laju ikut rider paling depan..dah tersesat, 15 minit masa terbuang kat sini..

semua dah mengeluh,menyumpah,memaki..pasal takde marshall..tetapi keadaan terkawal, kena pusing balik..

ni ketika di water point no.1..ramai AJK yang bertugas..air mineral jer..

trek rata2 melalui kawasan kebun, ladang sawit dan kampung sekitar kesang

back-up marshall dari brader motocross

baru lepas CP-2..jauh lagi ni nak sampai

ujian paling getir..mendaki bukit langsat (rasanya nama)..4 tingkat bukit ni..masa untuk menolak..

dapat laa sesi berkenalan dekat bukit ni..semua duk tolak sikit.berenti..tolak sikit, berenti..

dalam gambar..tak nampak pun tingginya..

lagi 1 km ke CP-3..dah agak mesti CP dekat puncak..

akhirnya..berjaya melepasi CP-3

lepas tu Downhill!!!...tapi tak leh laju sangat..trek berpasir

dah laa menjunam, pastu terus corner..layan..

berkenalan dengan rider dari Sentosa Cycling Club..

ketika di akhir2 trek..laluan kebun getah dan sawit

banyak berjasa brader ni..tolong tunda..hehe

bergambar kenangan lagi, bersama rider dari Shah Alam.. (nama lupa bro) bersama AJK Jasin Jamboree..Strom kuning belakang tu pun banyak berjasa..hehe

akhirnya berjaya juga tiba di penamat

bersama medal tanda abiskan 4 CP..

member yang menjadi teman sembang selepas CP-4..thank bro..

dengar cerita rider pertama sampai seawal jam 10.30 pagi..Acai dari ECC melaka..Yan sampai pukul 3 petang..7 jam!!! 2 jam 34 minit stop..rider ke 600 lebih..dengar citer 200 lebih rider tak abis, kena naik lori,,hahaha..apapun nasib baik kaki tak krem
nak makan pun dah tak selera..

tapi Yan masih berselera..lapar weh

ketika menunggu acara cabutan bertuah

Cikgu Ali memang bertuah..hehe

masih sabar menunggu lucky draw

akhirnya bertuah juga..no plate 288
dapat blinking cantik tu..rm50 tu 2 set..memang berbaloi

goodies dari pihak penganjur

walaupun solo..berjaya juga Yan menghabiskan cabaran 50 km..ikut GPS 48 km..solo tidaklah bermakna tiada kenalan..rasanya ramai juga yang menegur (ialah semenjak ada blog @tokMTB ni)..."yan, mana abg Naza,..mana Eli.." kira famous juga laa...hehe..maaf laa tak tau nama pada yang menegur..di awal kayuhan bersama Cikgu Ijass, tetapi dia tidak dapat meneruskan kayuhan kerana masalah rantai basikalnya.
apapun Jamboree Jasin 2010 memang berbaloi (pasal dapat lucky draw)

Stiker ATOK.MTB

Stiker ATOK.MTB

Moh kita blajor cakap Pahang...

Moh kita blajor cakap Pahang...
Ikan Patin masak tempoyak...