Tandatangan buku pelawat

AtokMTB di Samui Triathlon 2012


 Tahniah kepada Eli wakil rider Atok.MTB di Koh Samui Triathlon 2012 pada 22 April yang lalu. Menduduki tempat ke 28 daripada 51 penyertaan dalam kategori Dualthlon.







Tahniah juga buat Ejoy kerana menjaya membawa X-trail barunya melepasi sempadan..Temerloh-Koh Samui-Temerloh 2300 km

AtokMTB di Jamboree Raub

Berlangsung juga akhirnya Jamboree Raub di Felda Krau 1 minggu lepas. Seramai 120 rider yang turun pun kira meriah laa juga. Pasukan AtokMTB menghantar 8 rider pada mulanya dan telah menambah sorang lagi di saat akhir iaitu rider power AtokMTB - Sheikh Fazli a.k.a Eli
Ikhwan dan Naim pertama kali menyarung Jersi baru AtokMTB


Jamboree bermula..Eli di awal kayuhan cuba mantain 10 kelompok teratas di ikuti dengan Ejoy


Ejoy di awal kayuhan juga di barisan hadapan

Rider veteren AtokMTB - Anjang juga di kelompok hadapan


Yang lain macam biasa..santai..

Bila dah santai..bergambar aje laa..

tampal stiker pun bergambar..biasa


Sempat juga bergambar dengan AJK penganjur..

Apapun..terima kasih cikgu Ijass dari KSCC di atas ehsan gambar-gambar dari FB nya..sama-sama berkayuh dengan geng Atok dari mula jamboree hingga tamat..

Dan tak lupa tahniah juga buat Eli..berjaya menduduki tempat ke-4 di Jamboree Raub..Lucky draw ada juga laa yang kene..Yan, Naim dan Anjang..dapat topi Koboi dan Botol Air..jadi laa..Tahniah buat penganjur..

Selamat Merasmikan Jersi Baru di Jamboree Raub



Selamat berjamboree kepada rider-rider AtokMTB pada Ahad ini di Raub MTB Jamboree, Felda Krau 1. Berikut senarai rider dan no plet :-

1. Yan - 034

2. Ejoy - 035

3. Anjang - 036

4. Paklong Haizar -037

5. Naim - 038

6. Angah - 039

7. Ikhwan - 040

8. Anas - 041


Dan juga selamat merasmikan Jersi Baru AtokMTB..moh kayuh Wehh!!..

Kayuhan Mega Hot FM

Memandangkan rider-rider @tokMTB yang lain agak sibuk dengan agenda masing-masing sejak kebelakangan ini, hanya Yan & Family dapat turut serta Kayuhan Mega Hot FM malam sabtu lepas..
Pendaftaran limit 200 peserta sahaja untuk dapat T-Shirt Hot FM, seawal jam 5.00 petang dah sampai Putrajaya..Hujan pun redah

Itu dia orang beratur nak daftar..limit 200 tapi yang mendaftar 1300 orang..


Peluang yang tak boleh dilepaskan..bergambar dengan semua DJ Hot FM yang turun berkayuh..di mula dengan Faizal Ismail (FBI)


Fara Fauzana..sporting


Leeya..kembar tak seiras massitah


DJ Hot FM pakai beskal cap ayam jer..takpe janji kayuh..


DJ Ikhwan pun sempoi..


ini dia sole-sole Usop Wilcha..


Bergambar lagi dengan Ikhwan

DJ Suraya..juga peramah..minat dia dengan team @tok..hehe



Kayuhan sejauh 14km mengelilingi Putrajaya..Massitah 1st time abis kayuh 14km tanpa tukar basikal bateri..steady..


Walaupun lucky draw tak kene..takpe laa..janji dapat kayuh ramai-ramai dengan T-Shirt Hot FM pun dah kira best..

Stiker ATOK.MTB

Stiker ATOK.MTB

Moh kita blajor cakap Pahang...

Moh kita blajor cakap Pahang...
Ikan Patin masak tempoyak...