Tandatangan buku pelawat

Atok.mtb @ Putrajaya Cyclefest 2007



Buat pertama kalinya team atok.mtb menghantar wakil untuk berlumba (road), walaupun dah tau keputusannya akan kalah. Team atok.mtb menyertai cyclefest kali ini adalah sekadar suka-suka kerana bayaran yang dikenakan untuk menyertainya amat berpatutan iaitu hanya rm5 mengikut kategori. Yang paling penting dapat t-shirt lagi.



Pada hari tersebut konvoi team atok telah tiba jam 2 petang di Presint 2 Putrajaya. Setelah membuat pendaftaran dan mengambil nombor dan t-shirt, peserta team atok membuat persediaan iaitu setting basikal.



Acara yang disertai bagi team atok adalah Open (Eli & Yan) Bawah 18 thn (Iwan) Junior Veteren (Alang) dan Senior Veteren (Anjang, De Din dan Pak Itam)


Cyclefest adalah satu acara lumba basikal yang menggunakan basikal jenis MTB..tiada syarat ketat dikenakan, hanyalah sekadar saiz tayar yang mengikut syarat pihak penganjur iaitu mesti besar dari 1.5

Bergambar sebelum menyarung jersi masing-masing.


Lagi sesi bergambar setelah menyarung jersi masing-masing. Dari kiri Alang, Anjang, Eli dan Yan.


Kelihatan Naza & Eli menolak basikal ke garisan permulaan.



Dapat di saksikan juga Yan dan Eli di tengah lain-lain pelumba di starting point.

Eli on the race..acara open, kalah tapi berjaya habiskan 10 laps yang di syaratkan..


Pak Itam on de race..wakil atok.mtb bagi acara veteren 45 keatas


Tidak dapat dipastikan De Din di pintas atau memintas peserta di kirinya..juga wakil kategori veteren 45 tahun ke atas.



Eli dan Naza memerhati dari luar litar..



Walaupun kalah, tetap bergambar sebelum pulang..






















Stiker ATOK.MTB

Stiker ATOK.MTB

Moh kita blajor cakap Pahang...

Moh kita blajor cakap Pahang...
Ikan Patin masak tempoyak...