Pada 9.05.2009, 3 rider dari atok.mtb iaitu Iwan, Afdal & Faiz telah berkayuh ke Taman Negara, Jerantut Pahang. Kayuhan telah bermula dari Bandar Jerantut pada jam 8:30 am. Dipermulaan kayuhan cuaca agak mendung dan menjadikan kayuhan agak selesa.
Mereka telah menggunakan basikal jenis MTB dan menggunakan tayar off road..
Menurut iwan, laluan dari Jerantut ke Taman Negara adalah jalan tar yang lurus. Tetapi terpaksa menempuh naik dan turun bukit di kawasan felda dan kampung2 orang asli.
Iwan & Faiz sedang berkayuh.
Faiz berehat seketika untuk bergambar berlatar belakang pemandangan hutan yang indah..
Laluan agak lengang dan kadang kala terserempak dengan lori balak
Dipertengahan jalan menurut iwan, kakinya telah kejang. Mereka berehat selama 2 jam sebelum menuruskan kayuah..iwan sedang merehatkan diri di tepi jalan
Afdal turut berehat sambil layan SMS..
Dalam jam 12 t/hari kayuhan diteruskan juga didalam cuaca yang panas terik..satu dugaan untuk sampai ke Taman Negara.
Jalan yang lurus dan lengang..sesuai bawa roadbike atau touring bike
Hampir tiba...
dan akhirnya sampai di Taman Negara jam 3.30 pm..
Tiada kaitan...sekadar hiasan..akmal mesin rumput
Mereka telah bermalam di Liana hostel rm10 je sekepala..
Aktiviti di Taman Negara - jungle trekking, kena naik bot untuk seberang Sg. Tahan ke Taman Negara Resort (Iwan bayar tambang RM1)