Tandatangan buku pelawat

Kayuhan Pertama 2009 team atok.mtb

3.05.2009 Pembuka tirai kayuhan team atok.mtb. Seramai 10 rider dapat berkumpul di Mentakab bersemperna meraikan majlis perkahwinan salah seorang saudara kami AMAN di Kg. Telok Ira, Temerloh. 10 lagi rider tidak berkesempatan untuk berkayuh kerana mempunyai agenda masing-masing.
Trek pilihan kali ini adalah sekitar jalan kampung di Mentakab. 7.30am tempat berkumpul adalah di Restoran Satay kajang, di Kawasan Industri Mentakab. Yan,Iwan,Pak Itam, De Din, Anjang dan Alang tiba dahulu untuk sarapan. Di ikuti oleh ejoy, amat, eli dan fadil.

Kayuhan kali ini turut mempamerkan 3 basikal baru yang ditunggani oleh Yan, Amat & Eli



Eli buat pertama kali berkayuh off road dengan touring bike terbarunya..siap bawa beg lagi..

Konvoi berlepas dari restoran jam 8.00pagi terus melalui tepi kilang MNI untuk masuk ke jalan kampung Chatin yang melalui kebun orang.

laluan landai didalam kebun getah menjadi kayuhan yang selesa buat permulaan.

halangan pertama apabila laluan dihalang oleh pagar kebun yang dikunci..satu demi satu basikal terpaksa diangkat untuk melepasi pagar kawat duri.


eli mengangkat 'touring bike nya'

perbincangan untuk menentukan laluan memandangkan terdapat beberapa pilihan jalan di kawasan kampung chatin ini. Gambar diambil dari basikal scott Yan yang buat pertama kali dikayuh.

kayuhan diteruskan kali ini pendakian telah bermula..rata-rata kesemua rider tiada masalah untuk melepasi bukit walaupun sebenar ada yang tolak

touring bike, takde masalah untuk mendaki

acara yang paling dinanti adalah downhill..aksi pak itam dengan Giant Iguana mendahului rider lain.


di ikuti dengan ejoy dengan Merida Matt Pro nya..

eli... dengan touring bike juga tiada masalah untuk Downhill

opss... akhirnya tewas setelah tersilap laluan


Kawasan lapang yang ditempuh apabila telah keluar dari jalan kampung. Sesi bergambar dijalankan di sini memandangkan view ada teres bukit untuk susun basikal









Kayuhan terpaksa melintas jalan temerloh-mentakab di hadapan SK Tg. Lalang untuk masuk ke Kg. Paya Kecik


scoot putih..sempat berposing di signboard Ikan Patin Temerloh

last point..kayuhan tamat sekitar jam 11.00 pagi dengan purata jarak kayuhan 24km dimana perjalanan dari Taman Seri Semantan melalui jalan raya lebih kurang 8km

De Din, Pak Itam & Anjang... minum di restoran Amza mentakab








































































Stiker ATOK.MTB

Stiker ATOK.MTB

Moh kita blajor cakap Pahang...

Moh kita blajor cakap Pahang...
Ikan Patin masak tempoyak...