Tandatangan buku pelawat

Se-Round di PCP

Pagi Ahad 21.06.2009, 4 rider atok.mtb telah sepakat untuk kayuh di Trek PCP (Putrajaya Challenge Park). Rider yang terlibat adalah Yan,Eli,Iwan dan Ejoy.Manakala Yan menjemput kawannya saudara Din (satu kerja IKRAM) untuk join team atok.mtb pagi itu. Gambar di atas dari kiri Iwan, Din, Ejoy dan Eli

Yan, Eli & Iwan adalah rider yang telah beberapa kali berkayuh di PCP ini. Manakala Ejoy dan Din pertama kali sampai ke PCP.

Kayuhan bermula pada jam 9.00pagi dalam cuaca yang agak mendung. Rider lain juga kelihatan tidak begitu ramai seperti kebiasaan, mungkin belum sampai.



Eli mendahului rider lain di permulaan trek XC di PCP ini.

Din..sebenar beliau adalah rider baru dalam sukan MTB ini..Basikal pun baru sahaja dibeli 2 bulan yang lepas setelah di rekemen oleh Yan..Telah mula berkayuh di sekitar kawasan rumah sebelum ke trek PCP ini. Masih dalam peringkat belajar untuk skill mengendalikan basikal MTB.

Biasa..diperingkat awal kena tolak jika tidak comfident untuk turun bukit yang curam. Pelan-pelan belajar, takpe Din..

Ini rider malas nak cerita..walaupun bawa basikal old skool saiz 22" masih boleh downhill..

dan juga ambil selekoh di 'wall ride' dengan selamba..
Perhatikan saiz basikal old skool Shogun milik Pak Itam yang besar..Perhatikan juga hujan telah turun di pandangan belakang Yan..Di pertengahan kayuhan terpaksa berhenti kayuh kerana hujan lebat pagi itu.
Hujan lebat di PCP..trek mula basah dan licin..

Habis hujan, tetap juga sambung kayuh..Eli, Ejoy dan Iwan mendaki ke starting point trek Downhill..


Aksi Yan melepasi 'wall ride'


di ikuti oleh Iwan..

Eli..tiada masalah

Ejoy pertama kali juga tiada masalah..


Pujian harus diberi pada Din, tetap mencuba 'wall ride'
Sebelum balik, nasib baik ada paip tersedia untuk cuci basikal..

Aksi menarik saksikan di video di bawah..

Stiker ATOK.MTB

Stiker ATOK.MTB

Moh kita blajor cakap Pahang...

Moh kita blajor cakap Pahang...
Ikan Patin masak tempoyak...