Kedai Basikal di Penang
Ahad lepas 12.07.2009 Yan tak dapat join mana-mana aktiviti ride pasal kene pegi Pulau Pinang..satu family ke sana kerana teman kan Massitah ada 'site visit' di balik pulau..Walaupun tak kayuh dapat tengok orang kayuh pun oklaa..tu gambar atas terserempak geng MTB tengah kayuh dekat Balik Pulau... Pegi Penang..Nasi Kandar mesti pekene..Ni nasi kandar beratur bukak jam 10 malam...
Lagi satu 'Pasembor' mesti kene jugak..
Lagi satu 'Pasembor' mesti kene jugak..
Kebetulan pulak dekat Balik Pulau masa tu ada Pesta Buah Durian yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang..Kelihatan Lim Guan Eng (Baju Biru) lalu belakang Massitah..
Ada acara masak lemak tempoyak ikan keli..kalau hantar Tok masak ikan patin mesti menang punya..
Pak Itam dengan Kaira mencuba Durian Balik Pulau..
Ni dia Durian yang menang tempat pertama..
Lepas jalan-jalan cari makan..jalan-jalan cari kedai basikal pula..Walaupun penang agak sibuk dan jalan yang sempit..nasib baik jumpa juga kedai basikal high end di sana..