Tandatangan buku pelawat

Atok MTB berpesta di Kolam Ikan..

Tidak seperti kebiasaan, sajian cerita berbasikal dipersembahkan. Kali ini, tujuan utama kami semua berkumpul di kampung halaman Kuala Atok, Raub adalah bertujuan mengeringkan sebuah kolam ikan…
Pengalaman ini bukanlah selalu, kalau tidak silap aktiviti ini pernah diadakan puluhan tahun yang lalu semasa, Atok belum bergelar Moyang, Pak Sedara belum bergelar Aki dan Anak Sedara belum bergelar ‘UNCLE’.
Sesiapa yang pernah mengalami pengalaman ‘Buka Kolam’ ini pasti teruja apabila mengingati peristiwa itu. Bagi yang belum pernah! Percayalah…..ini satu aktiviti kampung yang amat dinantikan……. ‘lebih seronok daripada naik basikal….’ Betul ke….?
Betul atau tak, yang pasti kami semua tetap membawa bersama basikal masing-masing pulang ke kampung…. Pagi dan petang pulun berkubang dalam kolam….menjaring, menyauk, menyerkup dan tak kurang handalnya menangkap menggunakan tangan….

Hasil gotong-royong yang kesemuanya terdiri daripada ahli Atok Mtb, berkilo-kilo ikan kebanyakan spesis lampam menjadi hidangan makan malam kami. Masakan yang tidak asing ‘Gulai Masam tempoyak’… Ikan begitu enak…apa yang kita makan di kedai atau yang beli di pasar itu mungkin tidak sesegar apa yang kami santap pada malam itu. Ikan tersebut tak sempat mati, kami dah siang dan sedia terus untuk dimasak.

Bayangkan….semasa aktiviti membuka kolam tersebut berlangsung, beberapa ekor ikan disalai / dibakar terus sebaik sahaja disiang. Hidangan disediakan di atas daun (daun apa entah) menggantikan pinggan, apakah hotel lima bintang ada camni. Sehabis segar dengan suasana terbuka….Hotel lima bintang, ramai yang boleh asalkan ada duit…tapi apa yang kami alami ini…apakah boleh di beli dengan wang… Jadi pikir-pikirkan…yang wang bukan segalanya…… ‘Tapi kita adalah segalanya bagi wang.’


Malam minggu, sempat pulak tu! Apalagi ‘kayuh time’ walau badan letih, Anjang, Eli, Amat, Ejul dan Faiz berkayuh mengharungi kegelapan malam (Nite Ride kat kampung terpencil tak sama dengan niteride kat bandar). Fadil sempat berkayuh beberapa ketika sebelum terpaksa menarik diri semasa mendaki Bukit Atok akibat kegagalan sistem hantaran (rantai putus daa..). Nasib baik sweeper Razin yang bermotosikal turut serta untuk membawa pulang ahli yang terkandas itu.
Kami berlima meneruskan kayuhan di kegelapan pekat itu yang terbayang-bayang cerita hantu dari Mak Chu di laluan yang kami sedang berkayuh ini terutamanya di jambatan yang baru sahaja disiapkan… Tapi kami lagi hantu….Hantu basikal…..,
Trans Kuala Atok – Benta – Jerkoh – K. Atok via Bukit Atok / Jeram Besu semua ok dengan kayuhan emas yang ditunjukkan para peserta, tiada menge’teh’ dan rehat… ‘one shoot’.




Pagi ahad tu, tak cam biasa….basikal dilupakan, masing-masing bersiap terjun kolam sebaik sahaja bersarapan… ‘Last Call’ untuk bermain lumpur bersama ikan. Begitu menggasyikkan….bayangkan puluhan tahun lagi…kalau generasi ini lalai tidak menghayati aktiviti sebegini, apakah anak cucu kita tahu betapa terujanya peristiwa membuka kolam, bermain selut, berkawan bersama lintah, bermain-main dengan ikan.


Terima kasih buat semua, terutama di kalangan para wanita Atok MTB yang bertungkus lumus menyediakan makanan kepada kami yang ‘lapar memanjang’ termasuklah pada aktiviti-aktiviti yang sebelumnya..



Hasilnya ikan lampam
Apakata hujung tahun nanti kita ke Utara..(ke mana tu??????) ……takyah kayuhdah…..kita konvoi kereta bagi peluang Wanita Atok MTB layan ‘shopping’ sama2…Slowdown upgrade...kasi lebih budjet pada wanita Atok MTB…. (pssst..mereka layan shopping, kita cari kedai basikal baik punya….pun shopping juga…….) Layan tetap layan…..ohh basikal……………..

Stiker ATOK.MTB

Stiker ATOK.MTB

Moh kita blajor cakap Pahang...

Moh kita blajor cakap Pahang...
Ikan Patin masak tempoyak...