Tandatangan buku pelawat

AtokMTB serba Oren di Antara Gapi (dah macam marshall daa..)

9.08.2009 - seramai 8 ahli atok.mtb yang daftar, seorang tak daftar (ganti rider) dan 2 orang tak boleh daftar (pasal bawah umur) telah menjayakan Kayuhan Antara Gapi yang lepas. Turun dengan jersi baru warna oren telah menceriakan lagi kayuhan hari itu.
Kembar atok.mtb..marshall Kayuhan Antara Gapi juga serba oren..
Semangat punya pasal, seawal subuh dah tiba..solat subuh di Masjid Serendah...Montana Yan dan Bianci Lie singgah di masjid..

Rider terpantas atok.mtb, Eli @ Sheikh Mohd Fadzli buat pertama kali join Hash dengan MTB old skool..frame besi no brand..part shimano lama..tiada XT tiada XTR..7 speed jer..tiada hollowtech 2..tiada disc brake hydro...fork low end..berat jangan cakap laa..

keputusannya tempat ke 31..oklaa tu..tempat ke 41 sebenarnya Amat (tertukar no plat dgn iwan)

sebelum mula..dari kiri Eli, Lie, Anjang,Amat, Fata, Yan, Iwan, Zali (rider nilai mtb), Luqman (rider junior), Paklong Haizar & De Din

Oren....di tengah kelompok rider di starting point

400 rider...tahniah buat penganjur

Lie..pertama kali ikut hash..basikal Bianchi nya ada sedikit masalah di Crankset..tetap tersenyum mulakan kayuhan..

Eli, Iwan dan Amat di awal permulaan..di belakang saudara Kudus dari nilai mtb..

Mula masuk ke laluan off road...sesak..kena ikut giliran

Iwan dengan helmet baru nya..

Luqman dengan MTB saiz 24"..tiada masalah layan downhill yang pertama..

salah seorang rider mengalami kerosakan rim bengkok..lepas jatuh di DH pertama..

Luqman dan ayah nya (baju oren) Pak Long Haizar

Lie baru lepas downhill..dari jauh dah tau, pasal bunyi brake nya.. Tengah kayuh sempat bergambar..takpe bukan nya race..pelan-pelan janji sampai..

nice view..kayuhan menuju ke Hutan Simpan..
bukit di mana tempat Luqman jatuh..kurang skill untuk downhill..

laluan menuju ke Puncak Dagu..

saudara Ijass...orang kampung atok.mtb
tolak jelaa..
Marshall tumpang lalu dgn Yamaha Enduro..
Rider veteren atok.mtb...De Din tiada masalah..siap bagi pantun di bawah:-
antara gapi paling mencabar;
naik bkt bertolak setapak2 kena sabar;
takde tongkat ali takde makan powerbar;
sampai kemuncak posing bergambar...
Fata memerhatikan De Din yang sedang menolak MTB NRS nya..

Ditambah dengan pancaran matahari..menambah dugaan..

Masa ni..rasa nak tukar main Road Bike jer...kayuh santai Jalan Bangi-Salak...kan best..

Pertengahan puncak Dagu..tabik laa dengan bro ni..tayar slick jer tu..


Akhirnya...menuju puncak!!! Puncak Dagu berjaya di tawan...

Baru tersenyum bila nampak signboard DH...downhill...!!!!
Terima kasih kepada penganjur..dah laa masuk free..dapat air free dgn roti dan buah epal lagi...

Fata menerima stiker CP 1..tanda berjaya lepasi loop puncak Dagu..

Montana Yan dengan stiker CP 1..

Yan bersama saudara Ijass..http://basikal.wordpress.com/

Keluarga Berbasikal..antara ahli keluarga atok.mtb yang datang memberi sokongan..

Luqman..jatuh semasa downhill sebelum masuk ke hutan simpan..cedera di pipi..di bawa keluar oleh marshall...

keadaan basikal luqman..sedikit calar di brake lever..

Geng atok.mtb ceria menanti cabutan bertuah..

Akhirnya memang bertuah..dapat juga satu, no plat iwan..De Enon (mak iwan) wakil ambil hadiah..

Iwan dengan hadiah pembakar roti..menang lucky draw

Rumusan kayuhan oleh Yan :-
Jarak kayuhan +/- 27km dengan masa 4 jam..kalau tolak ambil gambar..tunggu kawan krem..jawab soalan rider-rider (rider lain ingat baju oren ni marshall) dalam 2 jam je kot kayuh..hehehe
Rider yang tak habis kayuh :-
Naim (perut lapar, terpaksa keluar di chicken loop 1)
Luqman (jatuh semasa DH di trail balak)
Pak Long Haizar (terpaksa keluar temankan Naim yang dah jatuh)
Lie (masalah teknikal, crankset bearing pecah, brake kurang cengkam bahaya untuk downhill) itu jawapan dari segi teknikal telah keluar di chicken loop 1)
jawapan yang sebenarnya "tak daya dah koi wehhh..."
Apapun kami dari Atok.MtB mengucapkan terima kasih kepada pihak pengajur Kayuhan Antara Gapi..semoga berjumpa lagi
pantun dari De Din:-

turun layan macam pakar;
kalau tertonggeng bengkok handle bar;
trek x habis jantung berdebar2;
bila tamat ingat masuk tv atau surat kabar,sedar2 perut lapar..

Stiker ATOK.MTB

Stiker ATOK.MTB

Moh kita blajor cakap Pahang...

Moh kita blajor cakap Pahang...
Ikan Patin masak tempoyak...