Tandatangan buku pelawat

Catatan Aidilfitri 1430H dari Blogger @ Cameraman Atok.MTB

29 Ramadhan...balik mentakab, tiba jam 6.00 pagi selepas harung 'jem' teruk di highway karak..pagi sabtu tu buat pertama kali try buat ketupat..
memandangkan orang pahang makan lemang pagi raya..Massitah, orang melaka terpaksa buat ketupat sendiri untuk hidangan pagi raya..

selepas direbus selama 3 jam..nasib baik menjadi..

Pagi 1 Syawal..beraya di Kg. Bkt Serdang, Kuala Bera..balik rumah Wan...bersalaman bermaafan di pagi raya lepas sembahyang raya..

my family dgn abah,mak,adik & lie....

Kaira (tengah) bersama dua pupu nya Alia & Safiyah

Sesi bergambar di Pagi Raya...

Petang raya pertama..Kaira tak sabar nak layan off road dengan ATV..dengan baju kurung ala-ala PLKN..
Kayuhan petang raya pertama...trek XC bukit bendera..Yan, Eli, Ejoy, Amat & Lie

lepak kejap dkt landasan keretapi untuk sesi bergambar...mana lie??

itu dia lie....baru lepas muntah kan semula lemang+ketupat+rendang..biasalaa 2 bulan tak kayuh..

Pagi Raya ke-2..pulang semula ke Kg. Bera..ada tahlil ramai2 di kubur..satu tradisi yang unik oleh penduduk kampung di sini..
semua sanak saudara menziarahi kubur arwah To'ki..paklong, pak chu..

yang uniknya..dapat duit raya pada semua yang datang tahlil..Pak Dak tengah agihkan duit hasil dermawan yang sudi menderma..

keluaga Maklong di depan pusara Arwah pak long..


kanak-kanak tidak lepas peluang beratur ambil duit raya..

lepas tahlil di kubur, balik rumah wan semula..kebetulan 21.09.2009 adalah birthday Massitah & Alia.. Birthday Massitah yang ke-28 dan Alia yang ke-4...

Petang raya ke-2..pulang ke Kuala Atok..

pukul 6 petang sempat seround kayuh ke tapak Trek motocross kg. sega..gambar atas, anjang sedang beraksi membuat lompatan sebelum terjatuh kerana kesilapan mendarat..

ini dirtjumper atok.mtb...tak payah cerita laa

ini freerider atok.mtb..iwan pertama kali layan jump dengan Kona Stinky..

balik dari trek motocross ramai2 naik hilux pak cek..malas nak kayuh..


anjang, fadil dan eli..tengah pecut kejar hilux..

malam tak dapat kayuh pasal cuaca tak mengizinkan..hujan..basikal parking ajelaa..dekat kampung boleh laa park macam ni, dekat KL jangan di buat..kang tinggal besi tempat bergayut tu jer..

sarapan di pagi raya ke-3
ada lagi saki baki lemang dan rendang...

acara yang dinanti..Raya Family Ride 2009..di pagi raya ke-3

17 rider dapat berkumpul, 3 rider baru, 1 rider setahun sekali..rider veteren tak join..rider junior pun tak join pasal pegi beraya ke Kedah...

Ejoy tak sempat join, pasal nak balik rumah mertua di chini pagi tu...

ini orang masih kuat anti-virus mtb...Syaiful masih belum berjangkit untuk berkayuh..hanya menghantar anak-nya Haikal untuk berkayuh..

semangat yang ditunjukkan oleh Haikal..tak sabar utk join atok.mtb satu hari nanti..

Haikal tunjuk isyarat 'peace' selepas berjaya duduk atas Merida Fadil..

ini dia rider setahun sekali..Aman pinjam Iguana Pak Itam..

Pak Ngah Yu dengan Proton T-Blaza Carbon..T-bolt rayanya dipinjam kepada fazlen, rider baru atok.mtb
aksi Fadil semasa climbing dengan merida nya...
Fazlen..walaupun pertama kali berkayuh, tiada masalah mengendalikan t-bolt..
Razin, terpaksa berkayuh dengan basikal GT lamanya, pasal basikal comencal DJ masih dalam proses mencari Hub Thru Axle belakang..

Faris..dengan Specialized Rockhopper semakin serasi layan XC..cuma helmet kura-kura old skool perlu mencari pengganti..

Faiz, rider atok.mtb yang katakan akan membeli basikal Kona Roast Afdal..jual adik-beradik aje..

Marshall atok.mtb..berbaju oren, terkenang semasa berkayuh di Antara Gapi..Yan & Fata akan turut serta ke Kayuhan Burung Hantu di Melaka 24.10.2009 nanti..

My Steel (basikal body besi), milik eli kini bersepit udang putih..harga fork sama dengan 10 biji frame nya..
Aman..seorang kaki sukan 4x4..kini nampak selesa berbasikal..walaupun beberapa kali mengeluar ayat ' saya yakin betul, saya berhenti setakat ini sahaja'..tak larat dah..

Ini bukan acara memanaskan badan, tapi menghalau nyamuk..

aksi 'bunny hoop' oleh iwan..
berposing di Jambatan baru Kg. Jeram Besu merintangi Sg. Lipis..

Gambar tak 'center' pasal camera letak atas tembok jambatan..hehe

balik kayuh, sampai jer rumah tok..'kolestrol' dah menanti..

nasi lemak bersama sambal petai ikan bilis..mana boleh tahan..

De enon menyajikan juadah...ami pun tumpang sekaki..
gotong royong cuci telaga...
aman meng'offer'kan diri untuk turun bersih sampah dalam telaga..

Tok sedang belah lemang...
Makan nasi t/hari ramai2 bawah pokok luar rumah..memang best..!!

itu dia juadah t/hari...makan lagi..

Bacaan doa makan hari tu oleh Haikal...

makan ramai-ramai satu keluarga satu malaysia..

pastu cuci mulut dengan ais krim..
kereta ahli atok.mtb yang dah ber'carrier'...itu jelaa catatan sepanjang 4 hari blogger beraya di pahang..nantikan pula catatan beraya di melaka...

Stiker ATOK.MTB

Stiker ATOK.MTB

Moh kita blajor cakap Pahang...

Moh kita blajor cakap Pahang...
Ikan Patin masak tempoyak...