Atok.MTB menghantar 8 rider ke Monsoon Ride..seorang rider terpaksa menarik diri di saat akhir iaitu Fata (partner jamboree Yan) kerana keperluan tugas..2 rider dari Nilai MTB macam biasa akan JV dengan kami.
Goodies dari pihak penganjur..Antara satu tujuan Yan masuk Jamboree, nak kumpul T-Shirt, No. Plate dan Sijil katanya..agak ralat tak dapat biskut/makanan ringan..dan juga T-Shirt saiz XXL agak sempit (baju sempit atau rider membesar kurang pasti)
Pihak menganjur menyediakan chalet di Agro Semuji untuk disewa bagi penginapan. Tetapi Yan memilih untuk ber'camping' bersama ayahnya (Pak Itam) dan anaknya Kaira
Goodies dari pihak penganjur..Antara satu tujuan Yan masuk Jamboree, nak kumpul T-Shirt, No. Plate dan Sijil katanya..agak ralat tak dapat biskut/makanan ringan..dan juga T-Shirt saiz XXL agak sempit (baju sempit atau rider membesar kurang pasti)
Pihak menganjur menyediakan chalet di Agro Semuji untuk disewa bagi penginapan. Tetapi Yan memilih untuk ber'camping' bersama ayahnya (Pak Itam) dan anaknya Kaira
Pak Itam tengah memasang khemah. Tidak turut serta Monsoon Ride kerana ada program keluarga pagi Ahad tersebut
De Din juga tidak dapat berkayuh di Monsoon Ride, sekadar datang ke Agro Semuji untuk bercamping dan memberi sokongan kepada lain-lain rider atokmtb
Family Anjang dan Eli memilih untuk menginap di Agro Semuji Chalet
Melawat camp site
Saffiyah dan Syamie
Kaira turut memberi sokongan kepada waliq nye
De Din tengah menyiapkan tempat tidornya..khemah di gayut pada pokok
Kaira pertama kali merasa pengalaman berkhemah, ummi nya masih dalam pantang di melaka
Ni tempat tidor Yan, Honda Jazz boleh tranform jadi chalet..ada air cond, TV..lena tidor malam tu, tak panas, tak sejuk, nyamuk pun takde sangat..(jimat-jimat..hehe)
Sempat melawat kawasan Agro Semuji..bergambar dengan Ostrich
Menu makan malam Kaira..maggie telur
Pak Itam tengah menyediakan menu malam..Ayam goreng kunyit dan sardin..bestttt..
Bermalam di Agro Semuji.....zzzzzzzzzzzzzzz
di pagi 27.12.2009..Amat dan Ejoy baru tiba dari rumah (Temerloh) bertolak lepas subuh
Ini dia rider Atokmtb yang mempunyai azam masing-masing di Monsoon Ride
Amat - nak dapat Top Ten
Iwan - nak kejar Anjang
Razin cari 'pasal' dengan basikal Dirt Jump..azam nak abiskan Jamboree
Anjang bersama team Nilai MTB..nak kejar Eli dan Amat ...hehe
dah bermula...lupa pulak Azam Yan...nak kayuh sambil ambil gambar..hehe
lepas kawasan PLKN mendaki masuk hutan simpan..
lepas tu terus jem teruk..10 minit dah kat sini..siapa yang nak kejar rangkin tu dah menyumpah-nyumpah dah..tak boleh potong Q
Jem pasal nak lalu titi rupanya..
kena ikut turn laa..patut laa jem
melalui kawasan lapang bersebelahan lebuhraya Pantai-Timur
Sungai yang cantik...boleh kayuh dalam air
kalau Fata ada mesti sesi bergambar ajelaa kat sini
itu dia Monsoon Ride...kayuh dalam paya
lalu parit
GPS info..baru 9.75km..dah pukul 10 pagi..sejam berkayuh, 21 minit berehat..huh lagi 22.25km wehh
dah masuk laluan single trek dalam hutan simpan
naik bukit tolak jelaa
downhill pun tolak!!!
memang menguji kesabaran trek Monsoon Ride
Sungai sebelum CP-1..cuci sikit dengan harapan lepas tu tak main lumpur lagi kononnya..
dah 12km baru jumpa CP-1
CP a.k.a Capai Pisang..mestilaa menu nya pisang..ada sandwish dan mineral water..Yan ambik 3 sandwish buat bekal..hehe
tersempak dengan sorang rider pompuan..macam pernah tengok dalam blog MTB..kat mana yea??
Cik Da rupanya dari PujMac ..katanya dia first time ikut Jamboree..naye tul dia Assry woit..haha..sampai tercabut grip dari handle tu, sian tul..
Apapun pujian tetap diberi..handling teknikal boleh tahan Cik Da ni..ni tengah merungut " betul ke trek ni, tolak basikal ikut arus sungai"..
boleh tahan dalam sungai ni..lepas jer lalu sungai ni camera Yan dan abis bateri..sibuk sangat ambik gambar sampai abis bateri..so tak dah gambar sampai penamat
Giant ATX Yan selepas cuci ala kadar dekat sungai
lepas tu berlumpur balik....ehh kat mana gambar ni dirakam yea?
hahaha..itulaa kelebihan guna GPS..tak selera dah nak kayuh dalam lumpur..chiken loop keluar jalan lama KL - Kuantan..hahaha
Komen rider atokmtb:-
Eli - "Memang dah berhempas pulas.. masa 15 km dah krem...tapi marshall kata ada nombor...kasi terus je...siksa weh...lawan dengan krem...tenaga ada...tapi yang pedih...hadiah tarak..tapi list up pun takde, hajat nak wakil nama atokmtb dlm top ten....tapi tabik bebudak projek yang ada depan dan belakang koi...pakai klip...downhill lecak selambe je......penat masa tu...jangan cakap le...start sampai habis, rasa 2 minit je berenti...yang lain berentap ngan bebudak remaja, koi je yang remaja purba...teringat rasa nak bersara dari mengejar top ten dah...tapi semalam dah full servis merida....tip top (masa race macam belacan basah), bila dah tip top ternampak rd X (xtr) seakan memberi sinar x, menandakan sinar harapan baru dlm dunia mtb....aduh...." tempat ke-6 Monsoon Ride
Amat - tempat ke 12..tak sangka koi
Ejoy - tempat ke 80++ jadilaa..tak tranning pun
Iwan - cis!! kalah juga dengan Anjang
Faiz - koi follow Iwan jer
Anjang - tu laa Iwan, main jump banyak sangat
Razin - berjaya juga koi abis walaupun pukul 4 petang..koi eskot Dato'
Yan - koi rider merangkap cameraman, mana boleh laju kang takde gambar nak masuk blog
apapun kami dari Atok.MTB berterima kasih kepada penganjur walaupun terdapat beberapa kekurangan yang boleh diperbaiki di masa akan datang..trek basah dan berlumpur bukan laa kita minta..hujan tu kan rahmat..itulaa keistimewaan Monsoon Ride..
Hutan Pahang tempat kome wehh!!!