Tandatangan buku pelawat

@tokMTB at SIC Race

Merasa juga rider @tokMTB naik podium di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sambil pegang cek replika...walaupun bukan kerana menang lumba motorsikal atau kereta mahupun F1..menang lumba basikal pun jadi laa...(gambar atas Yan tumpang bergaya dgn cek replika milik Zarif)
melihat daripada rider-rider yang datang, boleh tahan juga laa sambutan yang diberi..walaupun atucara perlumbaan agak kelam kabut

seawal jam 8.00 pagi Alang dan Eli dah tiba di SIC..Alang nak daftarkan untuk Zarif bagi acara Junior 5-6 thn, manakala Eli untuk Safiyah bagi acara 5-6 thn dan juga untuk dirinya sendiri

rider-rider sibuk mendaftarkan diri..bayar rm20 dapat no plate dgn pin nak lekat pada jersi masa race..itu jer..??

rodong koi XC rider...semangat juga nak berlumba..

disebelah pagi adalah acara trek bagi roadbike sahaja.. @tokMTB belum ada rider road..Pak Itam meluang masa tengok ajelaa orang lain berlumba di trek F1

Tak lepas peluang ambil gambar atas trek..jadilaa dapat juga pijak trek F1

Ini dia acara yang dinanti..Rider @tokMTB bersama Nilai MTB dan juga rider dari SBXC..Anjang no 433 kategori Veteren (bakal memberi saingan) manakala yang lain kategori Open yang bakal hilang wang pertaruhan..!!

Anjang ketika permulaan acara veteren..tak ramai rider..ada laa 12 orang..peluang cerah Anjang untuk dapat top 10 dalam tangan..

Abis race..berjaya abiskan 4 pusingan..tempat keberapa?? tunggu di akhir nanti


Ini dia acara Men Open...tu rider yang dah menang bergambar berbaju Oren..

Bersedia untuk dilepaskan..12 laps woo..1 lap 1.2km rasanya..trek tanah campur rumput..

sempat lagi berposing di garisan permulaan..bukti masuk race

Fuad (t-bolt oren) bersama Azwan (t-bolt hitam) wakil Nilai MTB

Race bermula...budak2 projek biasa laa, pecut terus..mana boleh lawan

Yan pun pecut juga!!

Berdebu trek masa starting...start terus climbing

baru round pertama basikal Eli mengalami masalah pully RD..tukar basikal dengan Wan..tayar pancit pulak..Wan terpaksa keluar..Eli guna basikal Anjang untuk teruskan race

Yan ketika sampai di pusingan pertama..tiada rider dibelakang..ditinggalkan atau kena tinggal jauh..kurang pasti..

Azwan..steady abiskan 12 laps

Fuad dan Zul juga terus bersaing

rider yang dah keluar awal memberi sokongan di tepi trek

Pujian harus diberi untuk Eli dan Azwan..tetap teruskan perlumbaan

Eli menggunakan basikal BMC Anjang sedang memecut..

Memberi isyarat kehabisan air..bersaing dengan David (Pujmac)

Rizal memberi bantuan air kepada Eli..semangat pasukan

Rider harapan @tok kene jaga baik2..

Last lap..Eli berjaya juga habiskan 12 laps walaupun berada dikedudukan yang lebih dari 10..

Rizal tidak berjaya abiskan perlumbaan kerana masalah tayar hadapan pancit

Wan juga pancit..tayar belakang..

ini rider basikal tak pancit...orang nye pancit..1 lap jer..t/hari makan nasi kandar lebih sangat, tak larat nak race..

Acara jam 5.30 petang..khas untuk kanak-kanak.. @tokMTB menghantar 3 wakil Junior iaitu Syahmi (459), Safiyah (458) dan Zarif (460)

Bersedia ke garisan permulaan

itu dia Zarif ketika di dalam perlumbaan

Saingan sengit..

Safiyah..tiada saingan

hampir ke garisan penamat

Akhirnye berjaya tamatkan perlumbaan

Cameraman cycling malaysia tengah ambil gambar Zarif & Safiyah


Acara sampingan..cabutan bertuah..Wan Nilai MTB..tak menang race..dapat lucky draw pun jadilaa


Azwan juga dapat lucky draw..memang bertuah pasal ada 5 jer cabutan

hadiah pun boleh tahan...Sony MP3 tu!!

Keputusan race bagi kategori veteren..Anjang di tempat ke 7
merasa jugalaa naik Podium di SIC..
rider kebanggaan @tokMTB..Zarif menang tempat ke-3..dapat wang tunai rm100..pulang modal datang jauh dari Mentakab..Safiyah di tempat ke-6

Kaira..walaupun belum cukup umur untuk masuk race..tetap nak kayuh skuternye di SIC.mungkin menjadi kanak-kanak pertama kayuh skuter di SIC

Khabir Alhashir juga turun memberi sokongan..bergambar dengan cek replika Zarif, ditemani Wan De, Wan Anjang dan Ummi Yatie nye..
biasalaa penyokong ditepi litar..ini laa keluarga berbasikal....

Rider AtokMTB naik Podium di SIC

Tak sia-sia Zarif datang dari Mentakab semata-mata nak mencuba nasib berlumba di SIC...Dapat no.3 dari kira ok dah tu..yang penting dapat naik podium di Litar Sepang
Tahniah Zarif dan Safiyah (baju pink)..bukan senang nak merasa naik podium

Tahniah juga untuk Anjang..menang lagi lepas PCP hari tu..kali ini tempat ke-7 kategori Veteren..(paling kanan)
(tunggu lain-lain gambar dan berita penuh..tengah tunggu gambar dan blogger sibuk skit nak updated)

Stiker ATOK.MTB

Stiker ATOK.MTB

Moh kita blajor cakap Pahang...

Moh kita blajor cakap Pahang...
Ikan Patin masak tempoyak...