Basikal…basikal…basikal….kebanyakannya mengganggap satu permainan bagi anak-anak kecil, golongan dewasa atau remaja agak terlepas pandang pada pengangkutan ini. Maklumlah..zaman ini motosikal dan kereta lebih penting, perlu dan mendapat tempat. Nisbah basikal dan kenderaan berenjin sudah tentu membayang kemakmuran Malaysia…..
Namun di antara kebanyakan, sebilangan masih ada memandang basikal lebih dari itu, ia melebihi minda kebiasaan. Dalam pada itu juga ia pandangan seseorang individu yang menganggap ia sebagai satu hobi, tidak cukup dengan itu ia merupakan pengangkutan kerja bagi sesetengah golongan, mahu lebih, basikal boleh merentasi kampung, hutan, bandar, negari, negara dan berapa ramai menggunakannya untuk mengelilingi dunia.
Tapi lebih hebat dan unik dari itu, ia sehingga ia meresapi jiwa seseorang, ……malahan satu keluarga! Keluarga mana? Keluarga @tok MTB, ya satu keluarga kami diresapi oleh jiwa basikal, tidak kira lelaki mahupun perempuan…Satu keluarga bai….kami memandang basikal dari sudut yang lebih berbeza apabila ia melibat persefahaman, kerjasama, kemesraan, tolenrasi dan pelbagai sifat-sifat positif kekeluarga yang wujud antara kami hasil daripada manjalankan aktiviti berbasikal ini.

Setelah beberapa tahun menempuh pelbagai aktiviti antaranya pada tahun lepas Kayuhan Salak – Port Dickson – Salak, pada tahun ini ia semakin mencabar para peserta apabila menyahut cabaran kayuhan bermula di Mentakab ke kampung halaman kami sendiri iaitu Kuala Atok, Raub melalui Lanchang, Bkt Damar, Felda Lakum, Felda Mempaga, Kg. Lebu, Felda Krau, Sg. Ruan, Ulu Dong sejauh lebih kurang 126km
~basikal old skol ejoy, beli rm45 di kedai besi buruk~
Kayuhan bermula dari lokasi Mentakab kerana ia merupakan ‘base’ utama dan bandar itu meninggalkan kenangan yang amat indah bagi semua keluarga @tok MTB terutama para veteran, kebanyakan kami berasal dan membesar di bandar ini.

~persiapan terakhir di rumah alang~
Kayuhan Mentakab-Kuala Atok pada 13 dan 14 Februari 2010 yang lalu disertai oleh 19 peserta berusia 10 tahun (Luqman) hingga 60 tahun (Dedin). Kebanyakan basikal ‘oldskool’ digunakan dalam pengambaraan ini. Basikal Ejoy yang dibeli dengan harga RM45 dari kedai besi buruk pun turut serta. Tidak kiralah basikal RM45 ke atau RM45,000 yang penting adalah semangat berkayuh dan semangat kekeluargan itu penting. Pulak tu masing-masing nak tayang beg touring. Eli salah seorang menjiwai basikal oldskool dan touring tidak dapat menyertai kayuhan ini kerana rancangannya ke Thailand..klik sini kalau tau
~afdal pertama kali touring dgn bike oldskol nye~
~baru 10km..bergambar macam dah 100km~
~faiz berposing dgn bike oldskol nye juga~
~iwan dgn mongoose carbon, beg touring baru beli dari BC Kelolo~
~razin ganti2 kayuh guna Jamis alang~
~Fadil marshal bersama Van Smof Supply~
~20km tiba pekan Lanchang~
~bersiap sedia untuk dibakar matahari~
~peminat @tokMTB di Lanchang~
~Mendaki ke Bukit Damar~
~ada RnR di Felda Lakum~
~kecewa semua kedai tutup...lapar wehh~
~kayuhan diteruskan ke Mempaga~
~tiba di Mempaga~
~ Presiden @tokMTB..Anjang~
~Lunch di Medan Selera Mempaga~
~Ejoy orang pertama memesan makanan~
~cover balik kolestrol yang hilang~
~Fata & family~
~tiba di Cermas Argo Resort, Kg. Lebu, Bentong~
~bergambar kenangan ramai-ramai~
~berposing depan hostel~
Pengalaman bermalam di hostel itu terkenangkan kembali semasa sekolah berasrama dahulu..
akan tetapi Pak Itam tetap dengan jiwanya yang gemar berkhemah..barulaa betul-betul gaya pengembara
Kami dapat merasai kehadirannya…iaitu kehadiran sebuah struktur semangat kekeluargaan di antara kami melalui aktiviti berbasikal ini.Aktiviti petang dipenuhi dengan macam-macam acara yang meninggalkan kesan yang dalam, mengenangkan kembali pada zaman anak-anak atau zaman sekolah dahulu
Fadil mengukur lebar gol dengan tapak kakinya
Percayalah…ia amat menyeronokkan dan nostalgik
Kesempatan petang itu juga..Anjang cuba memperkenalkan hobi barunya..
Main remote control buggy pulak..ribu-ribu juga kosnye..alahai
Cermas Agro Park yang kebiasaannya sunyi..telah riuh seketika dengan kehadiran kami
setiap pelusuk diterokai kami
walaupun kemudahan yang tersedia agak usang dan tidak dijaga..kami tetap ingin mencuba
Razin yang katanya tidak sempat ke PLKN teringat sangat hendak mencuba
yang lain bersorak memberi sokongan
dan hasilnya
Lama tak lumba lari
kami selalu buat...
De enon tengah menggoreng ayam untuk makan malam
Sardin juga adalah menu utama
Malam tu makan besar wehh!!
Tidor awal..TV takde..lagipun penat sangat
5.30 pagi dah terpaksa bangun
sarapan ala kadar..
ready untuk kayuhan hari ke-2
6.50 pagi dah terpacak..syabas kerana menepati masa
Bermula dari Kg. Lebu menuju ke Felda Krau
melepasi Pekan Sg. Ruan
hampir ke Kg. Sega
Syukur..Selamat sampai jam 12.30 t/hari
Jambatan melepasi Sg. Lipis..1.5 km lagi nak sampai
Ke mana lagi selepas ni….? 126km tu bukan jarak dibanggakan...Yang penting kejayaan yang dikecapi amat berharga, bukan sahaja dari sudut kayuhan atau basikal tetapi mengjangkau ke sudut pembinaan struktur kekeluargaan yang harmoni. Apa yang kami dapat terapkan ini bukan boleh dibeli atau dibayar dengan wang ringgit. Ianya lahir dari sifat-sifat yang terbentuk secara tidak langsung semasa atau selepas aktiviti berlangsung. Dapat digambarkan semasa para peserta yang berkayuh sebaik sahaja tiba di destinasi (rumah tok) para peserta disambut meriah oleh para wanita @tok MTB, Syafiqah, Makteh Yana, Makcu, Maklong, Makcek, Makngah Siti dan semuanya …, ia disambut dengan penuh bangga, mesra, gelak tawa, manakala makanan minuman tersedia menanti yang disediakan oleh wanita MTB. Emak, Ayah, Pakcik, Makcik, Wan, Wan sedara sepupu, adik beradik turut serta membina pertalian persaudaraan antara kami
“Makan tengahari tu best dan istimewa…weh, gulai masam tempoyak, makanan rasmi @tok MTB”
Mudahan-mudahan semakin ramai manusia berkayuh secara tidak langsung harapannya ia dijiwai hingga ke institusi keluarga. Positif gaya hidup kita, positif semangat keluarga sudah tentu ia menyumbang dan membina begitu banyak persekitaran yang sihat di negara ini……...
Jadi cerita banyak tak guna……. “Moh Kayuh Weh” satu keluarga……………….