Tandatangan buku pelawat

Atok.MtB "Downhill' di Bkt Pelindung - TC

Buat pertama kalinya rider atok.mtb layan Downhill ramai-ramai..kira family Downhill ride laa..ialah biasa semua kayuh XC jer...sekali sekala nak juga marasa tertonggeng free..

trek yang menjadi sasaran adalah di Bkt Pelindung, Kuantan Pahang..dari Bkt Pelindung 'downhill' ke Telok Cempedak (TC Bike Park)

itu dia rider DH yang siap sedia beraksi..Seluang Janggut a.k.a Sepoi menjadi pemandu 4x4 untuk membawa rider yang malas nak kayuh naik bukit pelindung...biasalaa ikut ala-ala main Downhill mana ada kayuh naik bukit..hehe

itu dia jentera yang bakal beraksi..hanya 1 basikal yang boleh dikatakan mengikut spesifikasi untuk DH iaitu Kona Stinky Iwan..1 basikal fullsus Giant NRS Alang..2 basikal XC, Montana Yan dan Fuji Tahoe Amat..2 basikal DJ...Commencal Razin dan Kona Roast Faiz..sedang di angkut naik bukit Pelindung..

laluan ke Bkt Pelindung..tempat penduduk setempat beriadah berjogging naik bukit..kena hati -hati semasa memandu 4x4 panjat bukit ini..

Alang cuba berkayuh untuk sampai ke puncak Bkt Pelindung..Apet sebelah tanpa selipar rilex jer memotong Alang..
rider terpantas Atok.MtB. Eli tetap berkayuh menuju puncak dengan basikal besinya..Non Stop kayuh dari bawah..
Ejoy juga nak merasa kayuh panjat bukit pelindung..walaupun stop beberapa kali tapi akhirnya berjaya sampai ke puncak sambil menyumpah-nyumpah tak larat..
Seluang Janggut a.k.a Sepoi sedang memeriksa trek, kot-kot boleh Downhill sama dengan 4x4..
Cabaran bermula Iwan mendahului meniti batang balak..

Eli segan-segan nak meniti..
terjunan pertama dari Iwan..
Ramp untuk Jump..1st try kena tolak..trek tak biasa lagi (alasan)
Hah nampak macam ada yang dah tersungkur balik batu tu..

Alang rupanya..nasib baik takde apa-apa..
Amat dengan selamba layan cerun curam..selepas itu aksi drama tergolek pun bermula..

Aksi tergolek pertama dari Razin..

terbabas dengan basikal DJ barunya..

Eli juga gagal di laluan ini..
pun takde apa-apa kecederaan..
Faiz pun nak merasa gelungsur..basikal ditinggalkan..
lepas tu ambik semula basikal..
Alang, awal-awal dah serender..tolak jelaa..
Gambar gegar pulak..Aksi Yan yang berjaya turun tak jatuh..sayang sekali gambar tak clear..

Ingat tak Papan Jongkang-Jongkit ni..Ejoy akan tunjuk cara menggunakannya..

Mula-mula tolak basikal sampai hujung..
Tunggu papan turun, hulurkan basikal perlahan-lahan..
Lepas itu, minta kawan sambut dari bawah..cara yang selamat untuk main Jongkang-jongkit

Faiz tengah mencuba Wallride..ok not bad..

Aksi Iwan melompat di jambatan..

Razin tengah meniti..

Faiz pun mencuba..
Yan pun tak lepas peluang..risau juga takut titi tidak dapat menampung berat badan rider..

Iwan layan jump di tepi pantai Telok Cempedak..Eli tidak boleh dekati pantai, bimbang basikal besi akan karat..
Geng XC lepas kayuh minum dkt TC..basikal di parking dan dijaga oleh Sang Harimau..

Geng Dirt Jump..makan fast food, oder dkt drive thru..

tengah menunggu ambil makanan di tingkap.. seramai 8 rider atok.mtb dapat memeriah trek TC pada 18.10.09 yang lepas..pertama kali turun untuk kayuh DH dan DJ..apapun trek DH kuantan boleh dikatakan hardcore dan kami respect laa pada siapa yang membina dan boleh melayan nya..kome tak sanggup dah..cukaplaa sekali..

Stiker ATOK.MTB

Stiker ATOK.MTB

Moh kita blajor cakap Pahang...

Moh kita blajor cakap Pahang...
Ikan Patin masak tempoyak...