Tandatangan buku pelawat

Ber'motor' di mini Hash Kota Warisan

Pagi 26.07.2009 - Kayuhan Kota Warisan...sebenarnya info kayuhan ni dapat dari blog KayuhBeb Cycling..thank Bro Azrul...tak sangka plak kat kota warisan ni ada trek XC..padahal dekat je dgn tempat geng MTB Nilai di Salak Tinggi dan Nilai ni..ikut plan minggu ni geng MTB Nilai nak kayuh trek biasa (Nilai Spring-Jenderam-Bangi) tapi memandangkan macam best jer join kayuh ramai-ramai tu yang tukar pelan last minit join skali kayuhan Kota Warisan ni..

Hah..memang ramai..boleh laa dipanggil mini Hash Kota Warisan..44 rider basikal dan seorang rider Motor Kriss..pyan laa tu..Pyan asalnya saje datang pagi tu nak jumpa geng2 MTB..minggu ni memang tak dapat ride pasal ada kenduri naik rumah salah sorang rider atok.MTB iaitu Amat di Cheras KL..lepas dengar citer rider yang dah kayuh trek ni sebelum ni, diaorang kata trek off road lebar..masuk ladang sawit..pastu lalu kawasan tanam semula..kira motor boleh lalu, tu yang belasah jelah dengan motor bagi menghabiskan masa sebelum jam 11 pagi..
Itu dia wakil geng MTB Nilai dari kiri Wan, Naza, Fuad, Lan, Faisal
Sebelum mula ada sedikit taklimat dari bro Azrul dan salah sorang rider membaca Doa...
Bacaan doa sebelum kayuh..
dah berlepas sebelum masuk laluan off road

Pemandangan trek yang melalui laluan paip gas petronas
rider berehat seketika menanti rider di belakang
ada yang menambah air dan juga yang membuang air dekat sini
aksi downhill oleh rider-rider
cuaca yang agak mendung pagi tu menjadi kayuhan yang selesa..kalau tak dah terbakar kat sini..lebuhraya sebelah sana tu highway Elite
Geng MTB nilai sentiasa ceria..gelak besar pasal nak plan buat kayuhan malam lepas ni dekat trek ni..hehehe
kayuhan menuju bukit terbengkalai
ada 2-3 rider dah mula menyumpah melayan bukit..
apepun pendakian diteruskan ke puncak bukit terbengkalai
kepuasan jelas terpancar dari abg Wan selepas bejaya sampai ke puncak
aksi salah sorang rider mengambil gambar (jangan tiru aksi ini)
semua rider sedang menikmati pemandangan dari bukit terbengkalai..kelihatan motor kriss Pyan juga sampai ke puncak bukit..
lepas turun bukit terbengkalai kayuhan menuju ke Kg. Jenderam

terdapat halangan dimana jalan terputus...jadi basikal terpaksa dipikul untuk melepasi..motor macamana pulak..?? takkan nak pikul jugak..??
























kerjasama dari rider-rider, titi telah dibina bagi membolehkan Kriss pyan melepasi jalan terputus..lepas ni upgrade jadi Cub Cross laa..

Bro Kulat...otai ni..
Bro Naza dari Nilai (pak sedara pyan)
rider tiba di Kg Jenderam..
kedai runcit June (Adik) diserbu untuk membeli air dan makanan ringan..meningkat sekejap collection kedai tu pagi tu..
lepas menambah bekalan di kedai tadi, pyan terus balik memandangkan masa tidak mengizinkan..gambar kayuhan seterusnya di ambil oleh Wan..

diaorang menuju ke bukit pencawang pula katanya..
tu nampak macam pejabat pencawang kat belakang tu..
salah sorang basikal rider telah mengalami kerosakan dimana hanger patah..kalau tak spare terpaksa convert jadi single speed laa..bantuan dari bro Naza

kayuhan balik ke Kota Warisan..
rider terpaksa di tunda...itu dinamakan kerjasama..
akhirnya tiba semula di starting point..
Purata kayuhan lebih kurang 30km...dan tamat dalam jam 1.00pm..apapun kami dari Atok.MtB dan geng MTB Nilai mengucapkan terima kasih kepada penganjur kayuhan kota warisan ini dan juga semua rider-rider yang terlibat..

Stiker ATOK.MTB

Stiker ATOK.MTB

Moh kita blajor cakap Pahang...

Moh kita blajor cakap Pahang...
Ikan Patin masak tempoyak...