Tandatangan buku pelawat

@tokMTB di Sg. Lembing

Takde apa yang nak diceritakan berkenaan perjalanan perlumbaan di Sg. Lembing tempoh hari..hanya sekadar nak berkongsi gambar-gambar keluarga berbasikal semasa di Sg. Lembing
ini adalah acara tertutup XC Man Open @tokMTB..rider dari kiri tanpa helmet Amat,Alang,Ejoy dan Yan..ketika dilepaskan di starting point

berdesup macam acara XC Man Open juga..

Eli nampaknya mendahului..di ikuti oleh Alang..

Amat last sekali..

ketika menghampiri trek downhill..trek agak licin..Yan last sekali, sebab ambik gambar

Alang berjaya memintas Eli semasa downhill..Eli tengah turunkan seatpost..Ejoy tolak jer..??

Eli cuba mengejar Alang semula..

Alang keluar trek asal..tersesat ke Jambatan Gantung Sg. Lembing..

Akhirnya Yan juga tersesat di tepi Sg. Lembing..perlumbaan dibatalkan..

Camp Site @tokMTB..

Seluang Janggut a.k.a Sepol berbaju hitam bersama satu keluarga..

Khabir rilex mengambil angin Sg. Lembing..

Kaira juga bercamping di Sg. Lembing..

Bike Alang & Yan, tumpang Merc Dedin..

Land Cruiser Aman buat hal di Sg. Lembing..

takde cara lain melainkan di tarik keluar

Pajero Alang tengah menarik LC Aman hingga ke jalan besar..itu jelaa antara kenangan keluarga @tok ketika di Sg. Lembing

apapun Anuar Manan tak lepaskan peluang bergambar dengan Manager @tokMTB..hehe

Ada juga untuk @tok di Sg. Lembing

Tahniah kepada rider-rider @tokMTB yang berhempas pulas di perlumbaan Sg. Lembing MTB Challenge 2010 pada 20-21 Mac lepas..
Apapun keputusannya, kejayaan menghabiskan perlumbaan harus di puji..Buat Anjang, Eli, Ejoy dan Amat..yan takde ke?
Kesungguhan yang ditunjukkan dapat dilihat agar membuktikan nama @tokMTB ingin juga berkumandang di Sg. Lembing..

ini dia wakil @tokMTB yang telah terpahat di dalam senarai pemenang iaitu
Sheikh Mohd Fazli a.k.a Eli

tempat ke-8 dalam acara XC Man Vateran (35-40 thn)
Tahniah buat Eli !!
tunggu cerita merapu di Sg. Lembing selepas ini....

3 beradik Sheikh berentap di Sg. Lembing..

Diperlumbaan Dowhill Bukit Cermin yang lalu @tokMTB menghantar 4 bersepupu..tapi last minit tinggal 3 bersepupu aje..(sorang hati tak cukup kering)..Kali ini di Sg. Lembing Mountain Bike Challenge 2010 kita akan saksikan 3 'Sheikh' dari @tokMTB bakal berentap..
Ini dia..Rider harapan untuk kategori XC Man Veteren A (34-40 thn) Sheikh Mohd Fazli a.k.a Eli

rider ke-2 Sheikh Mohd Fairul a.k.a Amat untuk kategori XC Man (30-34 thn)

dan yang ke-3, Sheikh Mohd Faizul a.k.a Ejoy..juga kategori XC Man (30-34 thn)..tapi jangan risau, dia bukan membawa basikal old skool rm45 nye..tapi MTB Merida yang baru di set-up untuk race!

Sheikh Mohd Fadil..tidak join kerana jiwa kacau..

tak lupa..juga rider harapan @tok untuk kategori XC Man Master (46 thn keatas) iaitu Mohd Nazarudin Husin a.k.a Anjang bakal memberi saingan sengit..

last sekali..juga akan turut ke Sg. Lembing...Yan mungkin akan masuk untuk kategori XC Man Open..bakal memberi saingan kepada Anuar Manan...(tertakluk kepada pindaan terakhir)
Moh kita ke Sg. Lembing wehh!!!















Kayuhan solo 1 misi...melepasi sempadan

Cukup lah kali ini cerita pasal Razin juara..Moh kita ke Sg. Lembing pula minggu ni untuk memberi sokongan kepada rider-rider @tok yang masuk race Sg. Lembing MTB Challenge 2010..Tapi sebelum itu, sejak kebelakangan ini kita juga sering di hidangkan cerita salah seorang rider @tokMTB iaitu Eli melalui blognya smof2world yang berkayuh melepasi sempadan ke negara jiran iaitu Thailand baru-baru ini..
Tapi, jangan tak percaya ada seorang lagi rider @tokMTB yang berjaya berkayuh melepasi sempadan juga pada pagi Ahad lepas yang mempunyai satu MISI..Kayuhan bermula dari rumah di Salak seawal jam 7.45 pagi pagi. Gambar atas, pandangan trek yang bakal ditempuh..

Ketika berjaya menawan puncak bukit pencawang..

menempuh laluan kebun sawit..mula untuk downhill

baru lepas downhill..

menyeberang jalan raya..memasuki single trek..

biasa lalu rock garden..tapi yang ni timber garden..cebisan kayu balak

perjalanan terhalang..bukan Sg. Golok..tu Sungai Labu..tiada jambatan untuk meneruskan kayuhan..

terpaksa patah balik...

menuju sebuah pekan..bukan pekan Pracuap..tapi pekan Salak..

Misi hampir tercapai...

Akhirnya MISI berjaya..nak beli Metro Ahad..

Peratikan laluan dari rumah Yan dari Salak, Sepang, Selangor melepasi garisan Sempadan memasuki Kg. Jijan, N.Sembilan

Jarak kedai Surat khabar yang biasa hanya 600 meter telah menjadi 4.64km...

puncak bukit pencawang yang berjaya di tawan..

itulah dia Kayuhan Solo 1 MISI melepasi sempadan...

Lagi pasal Downhill Bukit Cermin

Memandang Razin jadi Juara..blog @tok cerita pasal Razin jelaa..kira edisi khas untuk Razin kerana meraikan kemenangannya Ahad lepas...tumpang bangga laa katakan..
Detik-detik ketika pengumuman tempat pertama kategori Hardail

Razin berlari menuju ke podium

Hadiah pertama yang diterima

berupa madel BC DH

dapat duit rm300..gelang power balance

di sarungkan Jersi..macam anuar manan laa pulak..

last sekali disarungkan tayar

ini ketika sesi tranning atau test trek..kenal tak rider paling kanan tu..

tengah test trek..

dari helmet sampai ke basikal semuanya barang pinjam..tak jadi masuk race kerana masalah teknikal tayar kurang cengkam, tapi sebenarnya tak berani nak jump..

Hari Race..basikal naik lori

Razin tengah tunggu giliran nak naik lori..

Aksi Razin di finishing line..

Aksi Razin ketika tersungkur di Rock Garden..masa saringan

Rider @tok paling bergaya..Iwan berbaju merah, berbasikal merah..di sponsor oleh Akbar

terbang ada gaya..cameraman cycling malaysia tengah ambik gambar tu..

oklaa first time masuk dapat no.9

Rider harapan..Afdal, jauh turun dari Alor Star bersama geng Street Alor Star..aksi di starting point

sayang kerana terjatuh semasa final..berbalut siku tu..

apapun pujian harus diberi, kerana tempat pertama semasa saringan..Razin no.15 tetapi bangkit semasa final..

rider perempuan cedera jatuh di rock garden

penyokong setia tepi litar..De & Kaira..

Partime bisnes @tokMTB..jual 100 plus dengan nasi lemak

Nasi lemak tak abis 4 bungkus..tokey makan sendiri

Nantikan New Rider Downhill @tokMTB nanti..si botak Khabir Alhashir 10 tahun akan datang..

Stiker ATOK.MTB

Stiker ATOK.MTB

Moh kita blajor cakap Pahang...

Moh kita blajor cakap Pahang...
Ikan Patin masak tempoyak...