Tandatangan buku pelawat

Keluarga @tok di Interpark Ride Putrajaya

Meraikan kegembiraan..mana tak nye, dari 12 wakil @tok ke Interpark Ride pada 28.11.2010..9 bertuah kena cabutan bertuah..seperti mengulang sejarah keluarga @tokMTB pulun lucky draw di Jamboree Lipis yang lepas..
Pasukan baju merah memanaskan Putrajaya
Keluarga Alang, Keluarga Yan, Keluarga Anjang dan Keluarga Iwan memeriahkan acara
Ketika di garisan permulaan
Aksi Zariff dan Alang carry Anur..Maklang mengejar di belakang
Anjang Lina & Syamie bersama Massitah dah menolak di bukit pertama
Gambar Alang ini khas buat Sepoi..(perhatikan background)
Massitah 1st time kayuh dgn folding bike baru..pink colour (sebelum pitam)
Yan..carry Khabir dan Kaira
Maklang steady jer abiskan kayuhan
DeDin dgn Zariff paling depan..
dah abis ride..makan mee hoon..sebelum lucky draw
Iwan masuk acara Fun Ride 20km dgn BMC baru..tu test ride folding bike
acara lucky draw bermula..Mak Lang orang pertama kena..dpt lampu belakang
di ikuti Zariff..pun dapat lampu
Yan..dapat helmet..dalam simpanan dah ada 2 helmet menang lucky draw..ambik hadiah dari Chiff Pujmac
Syamie menang meter cat eye..
Alang pun menang meter..
Iwan menang meter juga..dengan Ezlynn tu..
Anjang Lina akhirnya dapat juga helmet yang di idamkan setelah 3 kali Inter Park Ride..
Keluarga @tokMTB dapat hadiah khas, pasukan paling seragam..
Bergambar dengan hadiah masing2..apapun kami dari @tokMTB mengucapkan terima kasih kepada penganjur Inter Park Ride Putrajaya..tahun depan jangan serik jemput kami lagi..
Moh Kayuh Wehh!!!

Moh kita ke Putrajaya Inter Park Ride

Esok 28.11.2010...mari kita ramai-ramai memeriahkan kayuhan Putrajaya Interpark Ride kali yg kali ke 3 dah rasanya tahun ni..
Jenis basikal bebas..ada 2 kategori, trek atas tu untuk acara fun ride 19km..kalau nak rilex bawa anak masuk acara family ride 5-7km jer..yang penting ada makan free dan lucky draw

Tempat : Jambatan Putra (Dekat dgn Masjid Putra)
Masa : 7.30 pagi daftar

Keluarga @tok.MTB moh kita kayuh wehh!!




@tok di Jamboree Sepang

Terima kasih pada cameraman Jamie Chan kerana mengambil gambar rider2 dari @tokMTB..gambar telah di copy dari Facebook Jamie Chan..
Sheikh Mohd Fazli a.k.a Eli
Mohd Nazaruddin Husin a.k.a Anjang

Sheikh Mohd Faizul a.k.a Ejoy

45km..trek berlumpur..profile naik turun..dah tak larat, rasa tak nak masuk dah Jamboree..itu laa kata-kata rider2 selepas tamatkan Jamboree Sepang Ahad lepas..
walaupun diseksa sedemikian rupa..rider power @tok dapat laa juga ranking ke 27 (Amat) dan 29 (Eli)..daripada 400 lebih rider..




DeDin dgn Pak Itam di Jamboree 4x4 Sepang





Ejoy, di ranking ke 150++..





kerosakan teknikal basikal ejoy..berjaya juga tamatkan 5 CP..





Saudara Lan dari Nilai MTB..





apapun, walaupun penat teramat sangat, di balas juga dengan hadiah cabutan bertuah yang dah paling best laa sepanjang team @tok join Jamboree





manager tumpang bergambar..kali ni tak ride, naik motor masuk trek..





itu dia hadiahnya..Go Pro HD Camera..





lepas ni..masuk You Tube jelaa memanjang..





gambar atas adalah iklan..




@tok ke Sepang Jamboree

Semoga berjaya mendapat ranking terbaekk buat Anjang, Eli, Amat dan Ejoy, wakil @tok.MTB di Sepang Jamboree Ahad ni. Kepada keluarga @tok.MTB yang turun selamat datang dan selamat berkampung di Salak Tinggi. terutama buat Aman & Sepol a.k.a seluang janggut.
Berikut adalah serba sedikit Jadual Malaysia Jamboree 4x4 pada hari tersebut:-
6.00 am - Pendaftaran peserta Sepang MTB Jamboree (lepas subuh dah kena sampai)
7.10 am - Sepang MTB Jamboree mula
8.00 am - 4x4 SS 8-9 mula (Aman - Sepol jgn lepaskan peluang)
10.00 am - Motorcross Enduro Race (Yan follow naik kriss)
12.00 t/hari - keputusan pertandingan
2.00 pm - acara penutup di rasmikan oleh MB Selangor
3.00 pm - lucky draw
Selamat berjamboree..jumpa di sana!!

Projek Trek Atok...

Cuti Deepavali lepas..ada rider yang balik Kuala Atok..sempat laa juga cari trek sekitar Kuala Atok..nak kata persediaan untuk Jamboree ia juga..apapun masih dalam perancangan..
itu dia trek profile..jarak dalam kiraan batu..apa laa guna GPS tak convert guna kilometer..tak perasan..tinggi pun dalam unit kaki..kira purata jarak dekat 20km hari tu..
ini dia tempat starting..padang awam Kg Kuala Atok, dekat dengan Balai Penghulu Mukim Sega II..kena cari tempat lapang..mana laa tau nanti ada 2000 rider nak join..hehe
Rider Atok yang test trek pagi itu ialah Anjang..
Eli dengan merida nye..dan Amat (gambar takde pulak)

Kayuhan bermula jam 7.30 pagi..dari Kuala Atok menghala ke Jenud..kira road dalam 3km dulu..biasa laa takut jem masuk off road..

yang menolak motor tu marshall, ditugaskan ambil profile trek guna GPS..terpaksa guna Honda Cub mak cu..motor scrambler dalam proses mencari..tak lupa cameraman adalah Razin dengan SLR nye..
ketika keluar ke Kg. Sejuk

jalan kampung..boleh tengok suasana kampung sikit

kalau ada scrambler dah lompat jer..

sekitar Kg Sejuk lagi..off road semula..

motor pun tolak sama..
sejuk pagi tu..nama pun Kg. Sejuk

nak masuk sawit pulak..Risda Plantation Ulu Renggol

trek basah..habis tayar jadi Donat
ni nak menghala semula ke Kg. Merang..downhill!! jalan licin.. tak berani

ni gambar Eli lepas kena gigit penyengat..Yan, Anjang juga kena..

Pemandangan di empang Merang..

dan akhirnya keluar semula di starting point..dalam jarak +/-20km tu, 3 rider power Atok habiskan masa dekat 1 jam 30 minit..boleh tahan penatnya..tunggu laa nak tambah lagi 20km..kasi cukup 40km pulak lepas ni..Bukit Atok akan jadi sasaran..

Stiker ATOK.MTB

Stiker ATOK.MTB

Moh kita blajor cakap Pahang...

Moh kita blajor cakap Pahang...
Ikan Patin masak tempoyak...