Tandatangan buku pelawat

1001 cerita Burung Hantu Ride - Melaka...

Seperti yang sedia maklum, Burung Hantu Ride ni adalah kayuhan off road malam..so bila malam memang sukar hendak digambarkan lah..dah gelap, sukar untuk digambarkan..tapi memang best wooo..
sebelum gelap kita tengok aje apa yang terang..khas buat tatapan buat rider atok.mtb dan nilai.mtb yang tak dapat join..rugi woo tak join..gambar atas adalah kaunter pendaftaran..

lepas tu ambik beg goodies..macam-macam ada dlm beg tu..cukup lengkap makanan ringan yang diberi jika rider tersesat dalam hutan dan boleh buat cover sampai siang..haha
ni marshall dari ECC melaka..tengah siap sedia lampu LED untuk di pasang disetiap 50m trek..
kreatif laa..LED kapit dengan bateri, pastu masuk dalam plastik aiskrim..samar-samar jer bila dalam gelap..
saudara Lan, mekanik dari Shah Alam..orang lain naik kereta ke melaka..dia kayuh jer dari Bangi ke Melaka..3 jam katanya..
menggunakan jentera Ducati Scrambler..limited ni..
dah malam..itu dia anjang (wakil atok.mtb) dan saudara Rizal (wakil nilai.mtb - sorang jer) sebelum permulaan..Rizal baru 4 kali kayuh off road dengan Scoot Scale 30 Carbon..baru beli rm8k..

wakil atok.mtb yang ke-2..Fata jauh datang dari Kerteh, Terengganu..3 hari awal dah sampai melaka..semangat punya pasal..

ini orang kalau takde..takde laa cerita ni..hehe
Fata sempat berposing dengan basikal rider dari Singapore..tak tau brand apa..tayar saiz 3.0++ rim saiz 28" frame titanium..ringan yang amat...single speed jer tu..

antara 700 rider pada malam tu..
bersedia untuk berlepas..
dah berlepas..kayuhan di lebuh air keroh..sedang mengekori Ezlynn yang kanan tu (penyanyi hai2 bye2) sempat ambik gambar belakang jer.. lepas tu camera disimpan..takde masa nak snap dah..ni pun dah sampai Capai Pisang yang ke-3 (note Capai Pisang = CP = Check Point)
Fata di CP-3...Anjang dgn Rizal tak pasti di mana (mesti laa jauh didepan)
Masa banyak diabiskan di CP-4...makan pisang sepuas-puasnya..
salah sorang rider yang cedera akibat terjatuh..

salah seorang rider yang terduduk memikirkan bila laa nak sampai penamat..
Sekarang kita saksikan pula trek ECC Burung Hantu Ride versi Siang (hanya di atok.mtb)

laluan permulaa di lebuh air keroh..
simpang ke kanan..masuk ke bypass Sg. Udang
Kayuh road sahaja dekat 3km sebelum masuk laluan Offroad..
dah mula off road..masa malam tu jem teruk kat sini..
ni terowong lintas bypass Sg. Udang tadi..bukan terowong di Kota Warisan yea..
kalau malam tak nampak apa..tapi tak laa terbakar dek panas matahari..

Downhill pertama, agak curam dan teknikal kerana jalan batu gravel yang boleh membuatkan rider tergelunsor jika membrek..malam tak nampak kan..
laluan biasa dalam ladang sawit..santai jer

ni lah dia kawasan Capai Pisang pertama (CP-1) kalau nak shortcut, lompat pagar tu ajer..

lepas CP-1 kena tolak..siapa kayuh memang hebat laa..
masa siang ada kerbau..nasib baik malam tu dia tak terlepas ke trek..
masuk semula ke lebuh raya..kayuh road semula..
ini dia pemandangan ladang sawit yang kita berkayuh pusing dalam tu jer..
kayuh road menuju ke trek CP-2
trafic light masuk kanan..
ada roundboard besar sebelum masuk off road semula..
titi untuk masuk semula off road ke CP-2
trek yang menarik..amat redup jika berkayuh di siang hari..
titi kayuh yang ditempuh malam itu..agak usang sebenarnya..
tanah yang padat dan licin memang best untuk berkayuh..
laluan single trek..masa ni memang tak boleh nak memotong..jika rider dihadapan slow, ikut jelaa..
single trek yang panjang...memang best..
huh..sayup jer..
akhirnya sampai di CP-2..malam tu meriah kat sini..ingatkan pasar malam..lampu lip lap sana sini..
sampai CP-2 aje sempat blogger test trek guna motosikal Kriss pak sedara di Melaka..selebihnya tak sempat memandangkan trek juga agak kotor/basah..jahanam motor nanti..

yang ada dalam beg goodies..buat tatapan rider atok.mtb yang tak pergi..

itu aje citer Burung Hantu Ride yang dapat dikongsi bersama..walaupun Anjang sampai dulu, Yan & Fata dapat abiskan juga 5 Check Point (45km++) dalam masa 4 jam setengah..start pukul 8.30pm..sampai penamat pukul 1 pagi..kira oklaa tu bagi rider yang mempunyai berat 90kg++..no berapa tak penting yang penting dapat juga merasa di sarung maddle ECC kat atas tu..
so next kayuh : Moh kita ke Monsun Ride wehh..!!

Atok.MtB "Downhill' di Bkt Pelindung - TC

Buat pertama kalinya rider atok.mtb layan Downhill ramai-ramai..kira family Downhill ride laa..ialah biasa semua kayuh XC jer...sekali sekala nak juga marasa tertonggeng free..

trek yang menjadi sasaran adalah di Bkt Pelindung, Kuantan Pahang..dari Bkt Pelindung 'downhill' ke Telok Cempedak (TC Bike Park)

itu dia rider DH yang siap sedia beraksi..Seluang Janggut a.k.a Sepoi menjadi pemandu 4x4 untuk membawa rider yang malas nak kayuh naik bukit pelindung...biasalaa ikut ala-ala main Downhill mana ada kayuh naik bukit..hehe

itu dia jentera yang bakal beraksi..hanya 1 basikal yang boleh dikatakan mengikut spesifikasi untuk DH iaitu Kona Stinky Iwan..1 basikal fullsus Giant NRS Alang..2 basikal XC, Montana Yan dan Fuji Tahoe Amat..2 basikal DJ...Commencal Razin dan Kona Roast Faiz..sedang di angkut naik bukit Pelindung..

laluan ke Bkt Pelindung..tempat penduduk setempat beriadah berjogging naik bukit..kena hati -hati semasa memandu 4x4 panjat bukit ini..

Alang cuba berkayuh untuk sampai ke puncak Bkt Pelindung..Apet sebelah tanpa selipar rilex jer memotong Alang..
rider terpantas Atok.MtB. Eli tetap berkayuh menuju puncak dengan basikal besinya..Non Stop kayuh dari bawah..
Ejoy juga nak merasa kayuh panjat bukit pelindung..walaupun stop beberapa kali tapi akhirnya berjaya sampai ke puncak sambil menyumpah-nyumpah tak larat..
Seluang Janggut a.k.a Sepoi sedang memeriksa trek, kot-kot boleh Downhill sama dengan 4x4..
Cabaran bermula Iwan mendahului meniti batang balak..

Eli segan-segan nak meniti..
terjunan pertama dari Iwan..
Ramp untuk Jump..1st try kena tolak..trek tak biasa lagi (alasan)
Hah nampak macam ada yang dah tersungkur balik batu tu..

Alang rupanya..nasib baik takde apa-apa..
Amat dengan selamba layan cerun curam..selepas itu aksi drama tergolek pun bermula..

Aksi tergolek pertama dari Razin..

terbabas dengan basikal DJ barunya..

Eli juga gagal di laluan ini..
pun takde apa-apa kecederaan..
Faiz pun nak merasa gelungsur..basikal ditinggalkan..
lepas tu ambik semula basikal..
Alang, awal-awal dah serender..tolak jelaa..
Gambar gegar pulak..Aksi Yan yang berjaya turun tak jatuh..sayang sekali gambar tak clear..

Ingat tak Papan Jongkang-Jongkit ni..Ejoy akan tunjuk cara menggunakannya..

Mula-mula tolak basikal sampai hujung..
Tunggu papan turun, hulurkan basikal perlahan-lahan..
Lepas itu, minta kawan sambut dari bawah..cara yang selamat untuk main Jongkang-jongkit

Faiz tengah mencuba Wallride..ok not bad..

Aksi Iwan melompat di jambatan..

Razin tengah meniti..

Faiz pun mencuba..
Yan pun tak lepas peluang..risau juga takut titi tidak dapat menampung berat badan rider..

Iwan layan jump di tepi pantai Telok Cempedak..Eli tidak boleh dekati pantai, bimbang basikal besi akan karat..
Geng XC lepas kayuh minum dkt TC..basikal di parking dan dijaga oleh Sang Harimau..

Geng Dirt Jump..makan fast food, oder dkt drive thru..

tengah menunggu ambil makanan di tingkap.. seramai 8 rider atok.mtb dapat memeriah trek TC pada 18.10.09 yang lepas..pertama kali turun untuk kayuh DH dan DJ..apapun trek DH kuantan boleh dikatakan hardcore dan kami respect laa pada siapa yang membina dan boleh melayan nya..kome tak sanggup dah..cukaplaa sekali..

Stiker ATOK.MTB

Stiker ATOK.MTB

Moh kita blajor cakap Pahang...

Moh kita blajor cakap Pahang...
Ikan Patin masak tempoyak...