Tandatangan buku pelawat

Projek jangkitkan VIRUS....

virus MTB...bukan virus H1N1 yea..
sokongan dari semua rider atok.mtb amat diperlukan untuk jangkitkan virus MTB ini kepada salah seorang ahli keluarga atok.mtb iaitu Saiful Anam...
: saiful ketika menjadi mashall dengan Honda Cub Mak chu semasa rider atok.mtb kayuh di Kuala Atok:

berdasarkan sembang atok.mtb pada 27.08.2009, mengimbau kembali kisah Saiful yang juga kaki basikal suatu ketika zaman bujangnya dahulu..pernah join XPDC bawa basikal naik keretapi dari Mentakab ke Kuala Lipis dan kemudian kayuh dari Kuala Lipis ke Kuala Atok (sayang sekali ketika itu tiada kamera untuk merakamkan kenangan tersebut)

lihatlah aksinya semasa zaman sekolah kira-kira 15 tahun dahulu..t-shirt gambar basikal tu..miliki 2 buah basikal :-
1. BMX body crome, balak besar, handle A, sport rim belakang shj ~ famous masa tu
2. MTB penuh dengan stiker CASTROL dan fork rigid, masa tu belum ada fork lembut
note: stiker castrol dapat banyak masa pergi tengok race motocross

itu dia aksi willie yang ditunjukkan oleh Saiful...mungkin kalau dia terjebak semula dengan basikal hari ini dia juga boleh lakukan aksi Dirt Jump...
oleh itu sokongan dan racun dari lain-lain ahli atok.mtb sememangnya diperlukan bagi men'jebakkan' kambali Saiful ke dunia basikal..kot ada parts lebih boleh kita set-up satu basikal untuk beliau..tapi bukan laa frame BMC VIRUS pulak..frame old skool pun jadi laa...



Atok MTB berpesta di Kolam Ikan..

Tidak seperti kebiasaan, sajian cerita berbasikal dipersembahkan. Kali ini, tujuan utama kami semua berkumpul di kampung halaman Kuala Atok, Raub adalah bertujuan mengeringkan sebuah kolam ikan…
Pengalaman ini bukanlah selalu, kalau tidak silap aktiviti ini pernah diadakan puluhan tahun yang lalu semasa, Atok belum bergelar Moyang, Pak Sedara belum bergelar Aki dan Anak Sedara belum bergelar ‘UNCLE’.
Sesiapa yang pernah mengalami pengalaman ‘Buka Kolam’ ini pasti teruja apabila mengingati peristiwa itu. Bagi yang belum pernah! Percayalah…..ini satu aktiviti kampung yang amat dinantikan……. ‘lebih seronok daripada naik basikal….’ Betul ke….?
Betul atau tak, yang pasti kami semua tetap membawa bersama basikal masing-masing pulang ke kampung…. Pagi dan petang pulun berkubang dalam kolam….menjaring, menyauk, menyerkup dan tak kurang handalnya menangkap menggunakan tangan….

Hasil gotong-royong yang kesemuanya terdiri daripada ahli Atok Mtb, berkilo-kilo ikan kebanyakan spesis lampam menjadi hidangan makan malam kami. Masakan yang tidak asing ‘Gulai Masam tempoyak’… Ikan begitu enak…apa yang kita makan di kedai atau yang beli di pasar itu mungkin tidak sesegar apa yang kami santap pada malam itu. Ikan tersebut tak sempat mati, kami dah siang dan sedia terus untuk dimasak.

Bayangkan….semasa aktiviti membuka kolam tersebut berlangsung, beberapa ekor ikan disalai / dibakar terus sebaik sahaja disiang. Hidangan disediakan di atas daun (daun apa entah) menggantikan pinggan, apakah hotel lima bintang ada camni. Sehabis segar dengan suasana terbuka….Hotel lima bintang, ramai yang boleh asalkan ada duit…tapi apa yang kami alami ini…apakah boleh di beli dengan wang… Jadi pikir-pikirkan…yang wang bukan segalanya…… ‘Tapi kita adalah segalanya bagi wang.’


Malam minggu, sempat pulak tu! Apalagi ‘kayuh time’ walau badan letih, Anjang, Eli, Amat, Ejul dan Faiz berkayuh mengharungi kegelapan malam (Nite Ride kat kampung terpencil tak sama dengan niteride kat bandar). Fadil sempat berkayuh beberapa ketika sebelum terpaksa menarik diri semasa mendaki Bukit Atok akibat kegagalan sistem hantaran (rantai putus daa..). Nasib baik sweeper Razin yang bermotosikal turut serta untuk membawa pulang ahli yang terkandas itu.
Kami berlima meneruskan kayuhan di kegelapan pekat itu yang terbayang-bayang cerita hantu dari Mak Chu di laluan yang kami sedang berkayuh ini terutamanya di jambatan yang baru sahaja disiapkan… Tapi kami lagi hantu….Hantu basikal…..,
Trans Kuala Atok – Benta – Jerkoh – K. Atok via Bukit Atok / Jeram Besu semua ok dengan kayuhan emas yang ditunjukkan para peserta, tiada menge’teh’ dan rehat… ‘one shoot’.




Pagi ahad tu, tak cam biasa….basikal dilupakan, masing-masing bersiap terjun kolam sebaik sahaja bersarapan… ‘Last Call’ untuk bermain lumpur bersama ikan. Begitu menggasyikkan….bayangkan puluhan tahun lagi…kalau generasi ini lalai tidak menghayati aktiviti sebegini, apakah anak cucu kita tahu betapa terujanya peristiwa membuka kolam, bermain selut, berkawan bersama lintah, bermain-main dengan ikan.


Terima kasih buat semua, terutama di kalangan para wanita Atok MTB yang bertungkus lumus menyediakan makanan kepada kami yang ‘lapar memanjang’ termasuklah pada aktiviti-aktiviti yang sebelumnya..



Hasilnya ikan lampam
Apakata hujung tahun nanti kita ke Utara..(ke mana tu??????) ……takyah kayuhdah…..kita konvoi kereta bagi peluang Wanita Atok MTB layan ‘shopping’ sama2…Slowdown upgrade...kasi lebih budjet pada wanita Atok MTB…. (pssst..mereka layan shopping, kita cari kedai basikal baik punya….pun shopping juga…….) Layan tetap layan…..ohh basikal……………..

Retro Atok.MtB...

Mengimbau kembali penglibatan atok.mtb di dalam dunia berbasikal..disini ia bermula...Kg. Kuala Atok di Raub, Pahang...kampung yang kini menetapnya 'Tok' kami bersama mak we & mak chu..tak lupa Wan De dan juga Wan Tam dan Aki Tam..
12 November 2006 - Jangan tak tau..atok.mtb pernah menjejakkan roda basikal ke Bukit Kiara yang sememangnya terkenal sebagai trek warga kota untuk XC ataupun Downhill..

Di awal penglibatan basikal ini lah yang menjadi jentera kami..belum kenal apa itu disc brake..hanya mampu V-brake jelaa...

Yang pasti acara bergambar adalah acara wajib apabila setiap kali aktiviti kayuh diadakan

Basikal di 'dukung' belakang jika acara berbasikal luar dari rumah..

Kami tiada masalah jika pengendalian teknikal apabila menuruni bukit...kerana kami semua adalah pesara sukan motorcross...hehehe

Rider ni (Anjang) memang betul-betul bekas pelumba Motorcross suatu ketika dulu..seangkatan dengan M.Chandran...

Budaya 'mamak' dah terjebak semenjak awal..apabila abis ride..

Rider yang memperkenalkan kami semua ke dunia MTB..dialah yang mulakan..dia laa yang meracun kami semua..sebab tu dia yang paling laju..http://smof2world.blogspot.com/

ni ketika pertama kali kayuh di FRIM kepong.

bermacam-macam gaya dirakam..

Ini ketika kami berkumpul di Kg. Kuala Atok..biasa ketika cuti Raya atau ada kenduri di kampung..
Tak cukup siang..malam pun kayuh di kampung..
antara puncak bukit yang berjaya di tawan ketika kayuh di Kg. Kuala Atok..

inilah keluarga berbasikal...ketika di Kuala Atok..abis anak beranak kayuh..pak sedara,anak sedara..

dihalaman rumah Tok kami..
jentera MTB memenuhi laman rumah...

Bergambar di hadapan rumah Tok..

Pertama kali menghantar wakil untuk berlumba..ketika Cyclefest di Putrajaya pada tahun 2007..menang kalah bukan taruhan..pengalaman yang penting..

rider atokmtb yang pertama kali ke Cyclefest Putrajaya..

Ini ketika kami berkumpul di Mentakab..kerana di Mentakab&Temerloh ada beberapa ahli keluarga atokmtb yang menetap disana..peluang yang ada tidak dilepaskan untuk berkayuh di sekitar Mentakab & Temerloh, Pahang..

kayuhan XC di ladang estet mentakab juga menyeberangi landasan keretapi..

di bawah Jambatan lebuhraya Pantai-Timur di Kg. Songsang, Temerloh..

Bergambar berlatar belakang Sungai Pahang yang terkenal dengan ikan Patin nya..

kedai kopi kampung...dapur kayu..old skool..

jika di bandar kedai mamak..di kampung, warung kampung menjadi sasaran..

layan Teh O dan kopi O...

itu jelaa antara gambar-gambar lama yang dipaparkan untuk dikongsi bersama peminat MTB..
akhir kata inilah Uniknya keluarga berbasikal...Atok.MtB

Stiker ATOK.MTB

Stiker ATOK.MTB

Moh kita blajor cakap Pahang...

Moh kita blajor cakap Pahang...
Ikan Patin masak tempoyak...