Tandatangan buku pelawat

Keluarga @tok pulun Lucky Draw di Lipis

Sementara menunggu gambar dan cerita team @tok di dalam trek Jamboree Lipis..kita saksikan dulu gambar kenangan keluarga berbasikal pulun hadiah lucky draw
ini laa dia keluarga baju merah yang cukup meriah..dari Wan ke Cicit turun ke lipis memberi sokongan
kadang-kadang boleh jadi medic juga
Alang bila sampai penamat di sambut Mak Lang, Zarif & Annur
kalau pegi Bangkok bahaya team @tok ni...

sanggup berpanas menuggu lucky draw
ni bekas Juara Downhill Bukit Cermin kategori Hardtail..Razin dapat tayar lagi..dulu menang race pun dapat tayar..boleh bukak kedai tayar laa
Yan...2 kali jamboree sebelum ini Semuji dan Jasin pun menang lucky draw..tak sangka di lipis pun sapu..macam tau2 jer helmet yang dah pecah..akhir dapat helmet baru..
Fata..mewakili Naim..dapat botol air dengan loceng
Afdal a.k.a Atok Army merasa juga menang lucky draw..
Alang pun pertama kali menang lucky draw..dapat Power Amp lagi..tengah pening memikir nak pasang kat basikal atau pajero..
Iwan pun raja lucky draw..bertuah juga di lipis..
Hamper besar tu hadiah lucky draw Amat..dah laa dapat Handphone menang ranking no.2..lucky draw pun kena..memang bertuah betul laa..
Pada yang tak merasa tu, apapun terima kasih bersorak memberi sokongan..hehe..tunggu lepas ni gambar-gambar sekitar trek..

Siapa sangka Amat No.2 di Jamboree Lipis

Mengimbas kembali kemalangan yang menimpa Amat jatuh basikal (tak tau macamana boleh jatuh pasal dia tak ingat) kira-kira 2 bulan lepas, hingga menyebabkan dia hilang ingatan seketika, rupanya mempuyai seribu hikmah disebalik kejadian tersebut..
Dengan semangat baru, Amat berjaya menaikkan lagi nama pasukan Atok.MTB apabila berjaya menduduki tempat ke-2 pada Jamboree Lipis 27 hb Jun 2010 yang lepas. Tahniah buat Amat!!
(gambar atas bersama hadiah tempat ke-2 yang dimenangi berupa telefon bimbit Nokia, tq penganjur)
Di atas adalah keputusan rasmi lain-lain peserta Atok.MTB..lagi gambar beserta cerita akan menyusul kemudian..blogger sibuk sikit..



No. Plat Team @tokMTB di Jamboree Lipis


Kepada rider-rider @tok.MTB, bayaran Jamboree Lipis telah dijelaskan pada 9.06.2010. Di atas adalah no plat masing-masing untuk rujukan atau untuk dijampi supaya kena lucky draw nanti.




Senarai Peserta Atok.MTB ke Jamboree Lipis


Kepada En. Jai JBC, setakat hari ini 7.06.2010 inilah nama peserta Atok.MTB yang dah comfirm akan ke Lipis..tunggu lagi 2 peserta buat bayaran kepada pengurus, lepas tu kami akan fax dan bank-in bayaran..

Stiker ATOK.MTB

Stiker ATOK.MTB

Moh kita blajor cakap Pahang...

Moh kita blajor cakap Pahang...
Ikan Patin masak tempoyak...