Tandatangan buku pelawat

Lepas Mempaga kita ke Maran pulok!

Selamat berlumba kepada rider @tok Ahad ini di Mempaga MTB Challange Felda Ride..
Abis Mempaga kita ke Maran pulak 16 Julai nanti..Kayuhan Lubuk Yu..kayuh santai jer..isi laa borang cepat


Bayar RM 15.00 dapat t-shirt cantik tu..macam warna t-shirt @tok jer..


atau sesiapa yang larat..abis kayuh Lubuk Yu kita ke Interpark Ride siri 10..kali ni kayuhan Malam semperna setahun umur Interpark Ride..


tak lupa Tahniah pada Eli, tempat ke 326 daripada 10,205 pelumba di KL Marathon 2011 Ahad lepas...hebat-hebat..

Selamat berTriathlon Eli-Amat-Anjang




Port Dickson International Triathlon 2011...moh kita ke PD bagi sokongan orang kuat @tokMTB masuk Triathlon pulak..good luck Anjang, Amat & Eli





Khas buat Anjang,Eli & Amat


INTER pujMAC TEAM RACE – SYARAT-SYARAT PERLUMBAAN_Final RevisionPENYERTAAN:

1. Penyertaan dibuka kepada semua AHLI RASMI pujMAC dan juga bukan AHLIRASMI serta para sahabat MTB ANDA yang ANDA kenali.

2. Tarikh Perlumbaan ialah 17 July 2011.

3. Masa bermula Perlumbaan ialah 7.45am

4. Tempat Perlumbaan ialah Trail Kota Warisan (laluan sebenar akan diberitahu kemudian). pujMAC akan membawa semua pelumba melihatsendiri track sebenar pada 8am, 10 July 2011.

5. Tarikh tutup pendaftaran 9 July 2011

6. Inter PujMAC Team Race hanya dibuka maximum 60 peserta atau 20pasukan sahaja.

7. Yuran penyertaan ialah sebanyak RM15.00 tiada goodies tetapi sebaliknyawang pendaftaran akan digunakan untuk makanan malam secara besar2an

8. Pembayaran harus di terima oleh Saudara Zakaria a.k.a Demak Demarcoserta Mnazry a.k.a Jayen sebelum 9 July 2011. “PEMBAYARAN HENDAKLAHDILAKUKAN SECARA TUNAI” dan boleh dibayar semasa kayuhan pujMACsetiap mlm Selasa, Jumaat serta Ahad

FORMAT RACE:-

1. Format Perlumbaan ialah 3 pelumba dalam 1 pasukan.

2. Race merangkumi sejauh 7 kilometer atau 28kilometer bersamaan 4 laps

3. Setiap pelumba harus menghabiskan 1 lap (7kilometer) dan disambungkepada rider ke 2 serta ke 3

4. Pada pusingan yang ke 4 semua pelumba (3 pelumba) harus menghabiskan1 lap bersama2 sehingga mencecah digarisan penamat.

5. Kemenangan akan diberikan kepada “PASUKAN” yang berjaya menghabiskan4 pusingan dan melintasi garisan penamat bersama-sama.

6. Sila pastikkan rakan2 ANDA hadir pada hari perlumbaan, jika salah seorangrakan ANDA tidak hadir maka pihak pengurusan berhak memberikan ANDAmana-mana pelumba yang difikirkan sesuai.

7. Jikalau 2 pelumba dalam pasukan ANDA tidak dapat hadir untk perlumbaan,maka pelumba yang hadir terpaksa menjalankan tugas membantu PihakPengurusan dan bayaran RM15.00 sebagai penyertaan tidak akandipulangkan.

8. 2 PASUKAN YANG TERKAKHIR / KALAH AKAN DIKENAKAN DENDA UNTUKMENGEMAS SEGALA PERALATAN DIHARI PERLUMBAAN DAN MEMASTIKKANKAWASAN PERLUMBAAN BERSIH DARI SEBARANG SAMPAH SARAP DANSEMUA PERALATAN TERSUSUN KEMAS.



FORMAT TEAM:-

1. KETUA PASUKAN bagi setiap pasukan akan dilantik oleh Pihak Pengurusanberdasarkan kekurangan menyertai JAMBOREE ,kekerapan menyertai FUNRIDE serta kekurangan turun berlatih dan berkayuh.

2. Adalah tanggungjawab bagi Pihak Pengurusan memberi pelumba ke2 kepadasemua pasukan berdasarkan budi bicara Pihak Pengurusan secara adil dansaksama.

3. Setiap kumpulan berhak menamakan Pasukan masing2 mengikut citarasaPasukan.Nama Pasukan Nama Pelumba 1 Nama Pelumba 2 Nama Pelumba 3DOUBLE XX MR BEAN LIVE AMSTRONG Decide by pujMAC(rider biasa-biasa je) (rider separuh Kuat) (rider TEGAR)

MATLAMAT PERLUMBAAN:-


1. Semua pasukan harus melepasi garisan penamat pada masa yang samadengan apa cara sekalipun. Setiap pasukan boleh menarik,menolak sertamemikul basikal rakan2 ANDA untuk memastikkan ANDA melepasi garisanpenamat.

2. Mengekalkan semangat berpasukan serta tolong menolong dan merapatkanhubungan setiap pelumba dan mengenali rakan2 ANDA lebih rapat lagi.

3. Semua keputusan sama ada keputusan perlumbaan atau mana-manakeputusan yang di ambil adalah MUKTAMAD sebarang RAYUAN tidak akan dilayan.

4. Penyertaan Tuan/Puan adalah atas tangunggan sendiri, pujMAC tidak akanbertanggungjawab diatas setiap kecederaan dan juga kecacatan yang ANDAalami.

5. Pihak Pengurusan juga akan memberi hadiah bertuah kepada mana-manaPasukan yang mempunyai Dressing Pasukan yang terbaik disamping itu juga Pihak Pengurusan ada juga menyediakan hadiah buat Pasukan yang paling selekeh.


Syarat-syarat Perlumbaan:-

1. Jangan sesekali “chicken loop”

2. Jikalau seseorang pelumba mengalami masalah teknikal dan tidak Berjayamenamatkan perlumbaan secara automatiknya pasukan itu diistiharkanKALAH yang bermaruah namun pasukan itu tidak dikira 2 Pasukan yangterakhir” namun jika pasukan itu mampu memikul basikalnya hinggakegarisan penamat maka perlumbaan itu dikira sah dari segi undang2pujMAC.

3. Jikalau anda ternampak PELUMBA terjatuh Pihak Pengurusan memohon parapelumba mengambil tindakkan yang sewajarnya bagi memastikkankeselamatan rakan2 ANDA ditahap yang baik ,sila bertanya khabar danpastikkan rakan2 ANDA didalam keadaan SELAMAT dan ANDA bolehmeneruskan perlumbaan.

4. Setiap Pelumba harus mendapatkan “CHECK POINT / STICKER bagimamastikan PELUMBA tidak melakukan “CHICKEN LOOP”

5. Jika mana-mana CLUB ataupun Pleumba perseorangan diluar pujMAC yangingin menyertai pujMAC event mereka dialu-alukan dan mereka terpaksamengikuti syarat2 seperti yang tertera (sila baca perenggan FORMAT TEAM )

@tok ke Mempaga - Kaira di Cyberjaya Green Ride

Good Luck kepada rider-rider @tok.MTB yang akan ke MTB Challange Felda Ride 3 Julai nanti
12 orang rider @tok bakal memeriahkan perlumbaan di Mempaga nanti..Rider harapan Eli, Amat dan Ejoy dalam kategori Man Open..Manakala Anjang dalam kategori Veteren..lain-lain rider akan cuba buat kejutan, janji abis..jangan naik lori sudah..


18 Jun lepas..Kaira buat pertama kali menyertai acara lumba basikal yang di adakan di Cyberjaya Green Ride


mencuba nasib dalam kategori bawah 5 tahun (roda 3)..dah pertama kali, macam-macam hal, lepas starting boleh berlanggar pulak dengan rider sebelah..jatuh dan terus nangis tolak basikal sampai penamat..keputusan No. 2 last..



belum terlewat ucapan selamat Pengantin Baru buat Faiz dan Yani




Lepas ni jangan pencen pulak berkayuh macam Fadil yea..



Tok steady menabur beras menyambut pengantin

Nak join yang mana satu ni..

3 Julai (Ahad) ada Race MTB dekat Felda Mempaga..katanya yang comfirm masuk Ejoy dengan Afdal..yang lain sila beri nama segera..
Bayaran RM50..ada t-shirt dan yang penting ada lucky draw

atau pada yang free pada 18 Jun (Sabtu) boleh masuk race di Cyberjaya Green Ride

basikal MTB race on de road..kalau yang dah ada roadbike tu, bila lagi nak test. Acara untuk kanak-kanak pun ada

Syarat-syarat dan bayaran ada di atas


atau nak memeriahkan Interpark Ride Siri 9 pada 26 Jun (Ahad) nanti boleh bagi nama segera pada manager


Stiker ATOK.MTB

Stiker ATOK.MTB

Moh kita blajor cakap Pahang...

Moh kita blajor cakap Pahang...
Ikan Patin masak tempoyak...