Tandatangan buku pelawat

@tok berkayuh bersama 'Berbasikal Jelajah Negeri Pahang'

Ahad lepas..Eli dengan Anjang (anak sedara dengan pak sedara) ke Selangor MTB Challenge 2010 di Sungai Buloh..Eli dapat No.32 (Men Open) manakala Anjang No.16 (Veteren) tahniah laa..serentak dengan itu De Din, Pak Itam dengan Alang (3 beradik) turut mewakili @tokMTB ke Program "Berbasikal Jelajah Pahang" anjuran KEMAS
Jelajah Pahang!!..fuh bunyi cam tercabar juga jaraknya tu..tapi @tokMTB sekadar menumpang berkayuh dari Temerloh ke Jerantut..gambar dan ulasan adalah kiriman alang

ni ketika pit stop Kuala Krau..rata-rata new rider..

Pak Itam..sedang mengharungi panas terik..

De Din dengan t-shirt merah @tokMTB..selamba ajer, dah biasa touring..

ada juga rider-rider projek Pahang turut serta..memberi bantuan pada lain-lain rider yang dah tak daya weh..
Bergambar kenangan bersama ahli kelab basikal Sri Kemuning..masuk blog @tok weh..

rider Pangsenam turut mengambil bahagian..

basikal dari pasukan KEMAS..respect laa, janji kayuh, power dah tu!!
Jenis basikal tak penting, tapi kederat mengatasi segalanya
Moh Kayuh Wehh!!

Wakil @tokMTB di Selangor MTB Challenge 2010

Memandangkan lain-lain rider @tok agak sibuk kebelakangan ini, sibuk kerja laa..ada nak ambik exam laa..nak pegi konvoi kereta laa..nampaknya Eli seorang ajelaa mewakili nama @tokMTB di Selangor MTB Race Ahad ini...harapan tidak lah kami letakkan begitu tinggi, cukuplaa bak kata Eli 'top 10 pun jadilaa'..
sepatutnya Amat juga turut serta..tapi seperti yang kita sedia maklum, beliau baru sahaja jatuh basikal minggu lepas dan mengalami kecederaan di mulut, dan hilang ingatan seketika..tapi sekarang dah ok..bagi dia rehat secukupnya..jadi sape nak bawa no plate Amat..sudi2 kan lah..
(keputusan Eli di tempat ke 32..tahniah kerana mewakili @tokMTB)

Blogger @tok bz......

Sedar tak sedar lama blog @tok tak update..kenapa? takde aktiviti ke?...itu laa nak cerita nak bagitau blogger @tok sibuk sikit sejak kebelakangani..duk masuk keluar hutan jer..tak sempat ngadap PC..sebab tu laa tak update..
duk masuk keluar hutan tu bukan gi berkayuh, tapi keperluan tugas membuat lawatan tapak untuk salah satu projek terbesar di semenanjung Malaysia tahun ni..Projek ini digelar 'Central Spine Road' iaitu Jalan Baru dari Kelantan ke Pahang yang dibahagi kepada 6 pakej iaitu:-
Pakej 1 - Kuala Krai ke Gua Musang
Pakej 2 - Gua Musang ke Chegar Perah
Pakej 3 - Chegar Perah ke Kg. Relong
Pakej 4 - Kg. Relong ke Raub (melalui Kuala Atok)
Pakej 5 - Raub ke Bentong
Pakej 6 - Bentong ke Simpang Pelangai
dan yang penting projek jalan baru tanpa TOL!!

kepada untuk warga Kuala Atok..kampung kita lepas ni akan ditarah sikit oleh lebuhraya ini,
gambar di atas ketika lawatan tapak bersama wakil JKR Malaysia, Caw. Jalan bersama pihak consultant..tengah site metting di tepi jalan Kuala Atok

ni jalan masuk ke Kuala Atok..depan rumah wan De..

deretan konvoi orang JKR HQ

rumah wan De, betul-betul atas jalan baru..

kedai tok juga bakal hilang selepas ni..simpang kuala atok-jalan temalir akan berubah wajah menjadi Interchange Lebuhraya..takpe nanti kedai tok boleh jadi RnR..siap ada wifi..

walaupun tak sempat nak berkayuh sebab Sabtu/Ahad pun kena kerja..blogger sempat juga marking trek untuk kita berkayuh guna GPS..kawasan hutan sebelah Simpang Pelangai banyak juga 'single trek' yang menarik..sungai2 pun cantik untuk diterjah..nantikan berita selanjutnya..

Stiker ATOK.MTB

Stiker ATOK.MTB

Moh kita blajor cakap Pahang...

Moh kita blajor cakap Pahang...
Ikan Patin masak tempoyak...