Tandatangan buku pelawat

Street Rider Atok.MtB >> Mengganas...

Suatu malam di tengah bandaraya Metropolitan....Vroommmm…..berdesup superbike memintas…….., kami tak kisah…..Vrooooo…….berdesup Nissan Fairlady memintas…..kami tak kisah..Brooooo….berdesup ‘lori hantu’ mengejar trip 24 jam tanpa henti membekal simen menyiapkan kondo mewah di tengah kotaraya Kuala Lumpur……kami juga tak kisah…
Preettt……bingit telinga kami berempat (Faiz, Ikhwan, Afdal dan Razin), berdesing sekumpulan ‘mat rempit’ memintas,….kami tak kisah, walaupun terpaksa telan asap…..
Mereka semua, warga kota pun tak kisah dengan kehadiran kami (tapi ramai jugak menjeling melihat) entah apa mereka berbisik tentang kami. Tapi kami tak kisah….pasal kami ‘street riders’ dari Atok MTB yang BERKAYUH mengharungi berpuluh kilometer melalui celahan sepanjang sekitar jalanan Kuala Lumpur pada 11 Dis 2009 yang lalu.

Nun jauh di hadapan, kesesakan berlaku…..mungkin ada beberapa jalan tutup. Bye semuanya, satu demi satu kami pintas dengan kayuhan manja kami. Cukup manja, telinga sebesar gajah pun tak ‘alert’ dengan kehadiran kami berjentera dua roda tanpa enjin ini…….…..
~Faiz~
~ Afdal ~
Tapi di sebalik kayuhan manja itu….Kami berempat ‘street riders’ dari Atok MTB, boleh mengganas….kami boleh buka langkah…kami boleh melompat itu dan ini, kami boleh panjat tebing, kami boleh terbang tembok...
~ Razin ~
....dan kami boleh tergolek
Bayangkan betapa banyak tebing atau tangga yang boleh menjadi gelanggang pertunjukkan kami di sepanjang perjalanan sekitar ibukota.


Sekurang-kurangnya ada yang terhibur… (Masih dalam pembangunan skil untuk menjadi ‘dirt jumper’ tangkas cekal terlatih).
Walaupun kami melompat sana dan sini, kami tak langsung menyusahkan orang…berpegang pada ‘no licence, no roadtax’, polis/jpj tak kacau kami…, enjin kami takde, takat kaki yang ligat berkayuh (takat bunyi longgar lutut je…tapi kami bujang lagi…lutut tip top bai…). Tiada siapa yang akan anti kehadiran kami….
Tapi malam tu tak nampak ‘kids street rider’, mereka lagi hebat, boleh pacak……, lebih tegak dari tiang letrik…, sekali ‘kayuhpit’ (merempit berkayuh), berduyun-duyun dalam satu kumpulan…. (Malam tahun baru confirm ada)

Anyway….daripada merempit tak tentu arah…jok kita kayuh, kelebihan terjamin…, Cuma keselamatan perlu ditingkatkan. Sosial pun agak terpelihara, mana ada awek nak numpang macam mesin rempit…, basikal pun satu tempat duduk je. Basikal My Steel Eli bolehlah..ada carier..tapi siapa sanggup duduk atas steel…nak merana…
Kepada yang belum mencuba……Jom URBAN RIDE malam tahun baru 2009/2010…..ramai bergembira untuk melihat pelbagai pertunjukkan tersedia…..ramai takut jalan jem, parking tak usah cerita, tapi KAMI TAK KISAH……. Pasal kita BERKAYUH….

Stiker ATOK.MTB

Stiker ATOK.MTB

Moh kita blajor cakap Pahang...

Moh kita blajor cakap Pahang...
Ikan Patin masak tempoyak...