Tandatangan buku pelawat

Lagi 5 hari ke ECC...

Tak sampai lagi seminggu, 7 keluarga dari @tok.MTB akan ke Melaka di mana akan menurunkan 8 rider ke ECC MTB Nite Jamboree 2010 pada 30-31 Oktober ini. Lampu-lampu untuk kayuh malam harap sudah sedia. Tak kira laa lampu minyak tanah, gaselin atau Dynamo. Janji terang. Rider harapan Eli & Amat harap dapat Top Ten.
Berikut di maklumkan tempat-tempat penginapan kepada mereka yang terlibat. Bagi keluarga Amy&Makngah iaitu Eli&Family, Amat&Family dan Ejoy&wife akan menginap di banglo Honey Villa. Alamatnya adalah No.35, Jalan TU 13, Tmn Tasik Utama, Air Keroh. Boleh laa daftar masuk pukul 2.00 petang.

Di atas adalah peta ke Honey Villa. Jarak banglo ini ke Dataran Ayer Keroh (starting ECC) adalah dalam 4 km sahaja. Gambar dalam banglo boleh di lihat di sini kalau tak jumpa Yan akan guide

Bagi keluarga Pak Teh Fata&wife dan Pak Long Haizar&family akan menginap di Homestay Bukit Katil di atas. Alamatnya adalah No.5, Jalan BKI 9B, Tmn Bukit Katil Indah, Bukit Katil. Boleh daftar masuk pukul 2.00 petang juga. Jarak homestay ini ke starting point adalah dalam 5km sahaja. Gambar dalam rumah boleh klik di sini
Bagi kelurga Anjang, akan menginap di hotel di mini Malaysia Ayer Keroh. Yan balik Ayer Molek laa..

No plat kita sudah keluar. Jadi boleh laa dijampi siap-siap untuk kena lucky draw
Harap-harap semua rider dapat habiskan 5 check point yea. Jangan naik lori lagi..

T-shirt yang bakal menjadi koleksi t-shirt tahun 2010

Jadi, sila aturkan jadual anda masing-masing. Kayuhan bermula jam 8.00 malam. Pukul 7 dah nak kena kumpul di Dataran Ayer Keroh. Bawa laa tikar ke sejadah boleh magrib kat parking kereta. Siapa musafir boleh laa jamak takhir. Bagi kaum ibu dan anak2, janganlah duduk di Banglo pada malam itu, orang melaka bolah bawakan pegi makan Ikan Bakar ke, kat Umbai..lepas makan boleh tunggu di penamat memberi sokongan. Pagi Ahad dah boleh pergi shopping pula di Bandar Melaka Maju 2010

Stiker ATOK.MTB

Stiker ATOK.MTB

Moh kita blajor cakap Pahang...

Moh kita blajor cakap Pahang...
Ikan Patin masak tempoyak...