Tandatangan buku pelawat

Baju untuk Gong Xi Fa Chai

Memandangkan kita akan berkayuh di pagi Tahun Baru Cina, sesuai laa kita memakai baju serba merah nanti..disamping pakai baju baru kita juga akan merasmikan untuk memakai t-shirt baru atokMTB buat pertama kali..bau kedai lagi..
Model baju..Kaira sedang menggayakan design depan

dan juga design belakang

Khabir Alhashir juga berhajat..kene custom made laa buat untuk dia..
Selamat Berkayuh..Hati-hati memandu ketika menuju ke starting point di Mentakab..
dan Selamat Menjelajah ke Bangkok kepada Eli & Family..

Lagi Info Touring Mentakab - Kuala Atok

Kepada rider-rider @tokMTB berikut adalah info terkini berkenaan projek touring Mentakab - Kuala Atok kita pada Ahad ini.
Kayuhan akan bermula di hadapan Bukit Bendera Resort, Mentakab
Masa Berkumpul : 6.30 pagi
Masa Berlepas : 7.00 pagi
(sila pasangkan lampu hadapan dan belakang memandangkan pukul 7 pagi masih gelap)
Pastikan:-
1. Basikal keadaan tip top dan beg touring telah di set-up sebelum hari Touring (jangan nak setting dah pagi tu, nanti lambat kena tinggal)
2. Spare tiub, tool buka tiub, pam
3. Bekalan baju,kain sembahyang,sabun,towel,ubat gigi
4. Pastikan memakai T-Shirt baru di hari pertama dan kedua (masam pun pakai jelaa)
Pasal makan, kita akan masak untuk makan malam dan minum pagi..nanti boleh laa kongsi duit untuk barang masak..siapa nak makan di kedai, terpulang lah..
Marshall:-
Pak Itam dengan Fadil akan bergilir kayuh dan akan bawa Van SMOF Supply, untuk bawa basikal balik ke Mentakab nanti
Alang dengan Razin akan bergilir kayuh dan akan bawa Pajero, untuk bawa rider balik Mentakab

Gambar atas adalah kawasan bahaya dimana jalan sempit dan di selekoh..sila berhati-hati ketika sampai di kawasan ini.
Sekian, terima kasih.



Info Touring Mentakab - Kuala Atok

Hari yang di nanti semakin hampir..14 rider dah comfirm..persiapaan basikal sedang berjalan..beg touring sedang dikebas-kebas kerana lama dah berabuk..
Untuk makluman kepada rider, kayuhan akan bermula tepat jam 7.00 pagi (dari Mentakab atau Lanchang masih dalam peringkat perancangan, berikutan aspek keselamatan perlu di ambil kira)
Tempat bermalam dah comfirm di Cermas Agro Park, Kg. Lebu, Bentong

Gambar atas Hostel yang bakal menjadi tempat untuk rider bermalam..kadar sewa adalah RM 15.00 sekepala..basikal free

Tandas hostel di luar..basuh basikal pun boleh
Tempat makan..Makan malam dan sarapan perlu mendapat persetujuan ahli, samaada nak tempah siap makan atau tidak..harga makanan belum pasti..minta beri komen di Chat Box..harap maklum..atau ada cadangan..
Kepada ahli yang ingin membawa keluarga boleh laa menempah chalet yang berharga rm150.00..ada 3 bilik di dalamnya..boleh tempah terus kepada resort dengan menghubungi:-
En. Azrol : 019-906 0709
(sila tempah sendiri, bagitau kita konvoi basikal dari mentakab)

sekian untuk info terkini..akan update dari masa ke semasa

Pengumuman Pasal T-Shirt

Kepada ahli-ahli @tokMTB..untuk makluman warna t-shirt ada 3 warna sahaja iaitu
merah, putih dan hitam
Ini adalah kerana warna berkenaan sahaja yang ada untuk saiz kanak-kanak iaitu xxs, xs dan s

Kita telah sepakat untuk membuat baju sama warna oleh itu warna pilihan adalah merah seperti di atas..warna hitam dah biasa sangat orang buat..putih pun biasa..sebab itu merah menjadi pilihan

segala kesulitan amat dikesali, nak tempah tempat lain mahal..sini dah murah rm15.00 sehelai, kain pun ok..sila taip setuju di chat box, tanda setuju!..kena setuju jelaa..

Stiker ATOK.MTB

Stiker ATOK.MTB

Moh kita blajor cakap Pahang...

Moh kita blajor cakap Pahang...
Ikan Patin masak tempoyak...