
3 rider atokMTB..3 rider Nilai MTB..sorang rider Atok+Nilai iaitu Anjang berkayuh pagi ahad lepas

Kayuhan mula dari parking LCCT ke Bagan Lalang melalui offroad ladang sawit Estet Sepang

Permulaan agak lewat dah nak dekat pukul 9 pagi

Iwan dgn ayahnya..DeDin turun kayuh kali ni setelah agak lama tak berkayuh..Tranning untuk race di SIC bagi kategori veteren.

Anjang kali ini menampilkan 'carrier' baru yang dipasang pada seatpost..Tranning untuk touring agaknya..

Dedin berlatar belakang Air Asia Tranning Centre..

Dari on road menuju ke off road

Perancangan awal, nak mula kayuh dekat area kawasan kapal terbang landing..JAGA tak bagi masuk..so pelan tukar kena cari jalan masuk lain

Redah aje..nampak banyak motor lalu kawasan sawit ni..tanya ajelaa pada sesape yang lalu..

Trek pun ok, rata aje..bukit pun takde sangat..kurang cabaran

Bergambar seorang diri...guna mode timer

Kayuhan diteruskan..tak tau jalan bertanya..'Aci Estet' jadi sasaran..
"Aci ini jalan boleh pegi Bagan Lalang ka"..
"Aiyoo..suda sala laa...sini estet punya jalan juga"
(dia ingat kita nak jalan road)

Akhirnya masuk blog Atok aci ni...

Kapal terbang air asia melintas...

Iwan tengah memberi idea jalan mana nak lalu..

Trek nampak menarik, redah jelaa..

baru nak merasa mendaki..

mungkin pilot dan pramugari dalam kapal terbang kat atas tu tengah memerhatikan kami...

jumpa Kilang Sawit..Rizal bertanya lagi mana jalan ke Sg. Pelek..

kami mendapat bantuan dari pekerja kilang berkenaan tunjuk jalan

Gaya Rizal tengah meniti..nampak mudah

Rizal mendengar taklimat laluan seterusnya

Nampak mudah..tapi gayat juga

Yan ingat nak lompat jer..tapi rasa tak sedap hati pulak..

trek ladang sawit..agak redup..kayuhan yang selesa

dah nak keluar Kg. Bkt Bangkong..

ini laa di katakan semangat
1 Malaysia..ada seorang cina, seorang india menolong tunjuk jalan dengan ikhlas..

dekat sini ada Homestay Kg Banghuris

menarik papan iklan ni..bergambar dulu

kayuhan melalui tepi tali air..

walaupun landai, dekat 5km juga berkayuh tengah panas



dari jalan besar Sg. Pelek, simpang masuk ke Bagan Lalang

akhirnya tiba di Bagan Lalang jam 11 pagi

warung dah memangil-mangil..

menambah tenaga hilang

dan menambah kolestrol

ambil angin pantai bagan lalang..

perbincangan mungkin nak buat kayuhan malam pula ke Bagan Lalang...hehehe

Kaira dan menanti waliq nye di Bagan Lalang..aik?

Yan balik nak kereta..Pak Itam jemput..chiken loop lagi..no plate Race Putrajaya masih melekat pada Giant ATX pasal tak boleh lupa kenangan dapat no.20..hehehe

rumusan kayuhan dari LCCT ke Bagan Lalang
18.44 tu dalam unit Batu , convert pada KM = 30km (GPS baru beli, belum tukar unit)
Masa = 2 jam 29 minit
Kayuh balik ke LCCT = 30km
Total = 60km..!!
Lain-lain rider selamat sampai semula ke LCCT pada jam 2.15 petang