Tandatangan buku pelawat

Akhirnya ada juga wakil atok.MTB yang menang

Race pembukaan untuk tahun 2010..permulaan yang boleh dibanggakan dari @tokMTB..Seramai 6 rider mewakili kategori masing-masing..Anjang mewakili veteren di Perlumbaan XC semperna perasmian Taman Cabaran Putrajaya pada 10.01.2010 (PCP)
Naim dengan jersi hijau no plat R 009..mewakili kategori remaja 13 tahun hingga 17 tahun..menang atau kalah bukan taruhan, yang penting gambar masuk blog dan dapat bergambar sebelah artis lagi (Arash Mohamad dari Pujmac) "Naim jangan lupa bagitau kawan-kawan sekolah yea"
Rider yang paling semangat nak berlumba kategori Men Open (orangnye pun memang semangat) no plat A 052 seawal jam 8.30 pagi dah terpancak di starting point..Sesi bergambar dengan Assry dari Pujmac. Nak baca lebih lanjut berkenaan perjalanan perlumbaan ini, bukalah blog dia..dia rajin menulis..hehe
Iwan no plat A071 juga mewakili kategori Men Open..bawa kawan baiknye Amir dari Selayang..basikal Giant NRS De Din di kemudikan oleh Amir..kira De Din hantar basikal jelaa wakil
Sementara nak tunggu race mula, Iwan usha-usha basikal yang ada kat situ..tertarik dengan kereta BMW X5 membawa sebijik basikal jenama BMW di belakangnye..
Eli, rider harapan @tokMTB bagi kategori Men Open dengan No Plat A200 bersama Amat..Eli berjalan dengan penuh gaya...ialah semenjak gambar masuk paper ni..

Naim - gayanya telah tertarik cameraman Majalah Cycling Malaysia untuk mengambil gambarnya..."masuk Facebook Cycling Malaysia pulak dah..jangan lupa Naim bagitau kawan-kawan sekolah"
Ini dia rider @tokMTB bagi Kategori Men Open...dari kiri Yan, Iwan, Eli & Amat..bergambar sementara nak menunggu race pukul 11 baru start..dah lapar rasanya masa ni..
Geng Nilai MTB..Azwan dengan gaya tersendiri
Macam biasa @tokMTB mesti Join Venture dengan Nilai MTB pasal chiefnye Anjang dari @tokMTB..Nilai MTB hantar 3 wakil iaitu Azwan, Wan & Rizal
rodong dari Temerloh..budak projek mana boleh lawan

Geng dari Penjara Sungai Buloh..bukan duk dalam penjara..tapi staff penjara Sungai Buloh..SB XC katanya nama club..hehe..aktif geng ni..
ni rodong koi laa..XC rider "koi tau aok tak bawa camera, ni koi ambik gambor aok"
Rizal & Azwan dah tak sabar di starting point..
Itu dia dah bermula bagi kategori Men Open (gambar ini di ambil oleh Yan)
Rider tengah menghabiskan pusingan road 5km..Abg Wan sempat snap gambar walaupun tengah berlumba..

Eli, di last CP sebelum downhill ke garisan penamat..Yan cucuk belakang Eli sambil ambil gambar..bayangkan betapa hebatnye Yan..

Saudara Din dari Bdr Enstet..tersenyum apabila gambarnye di ambil oleh Yan semasa tengah race..

Akhirnya tiba laa digarisan penamat..Azwan dan Rizal berentap ke garisan penamat

Wan tiada saingan..first time kayuh di trek PCP..terus masuk race..caya lah!!!

Eli setelah tamat perlumbaan - tempat ke 19, terkejut apabila Yan berada dibelakangnye ketika last 100 meter..pujian harus diberi..top 20 oklaa tu race dengan budak projek / MSN yang muda 10 tahun dari dia..
Amat tengah menuju ke garisan penamat - mengakhiri perlumbaan di tempat ke 26..power2 tu
hadiahnye..gambar masuk FB cycling malaysia

Iwan - tempat ke 31..katanya "belum tranning lagi tu" sibuk main jump jer..

abis jer race Iwan terus tranform dari XC ke Dirtjumper..nak demo 'helmet baru' katanya..

ini dia keputusan yang amat dibanggakan..walaupun bukan no.1 , no.5 pun kira power dah tu..Anjang menang di tempat ke 5

terpaksa menunggu hingga pukul 5 petang untuk mengambil hadiah
Bergambar kenangan dengan pemenang tempat pertama kategori Veteren- Mr.Kwan Kah Young

Naim - tidak pasti kedudukan tempat ke berapa..yang pasti berjaya tamatkan perlumbaan..

ini rider pun menang juga..menang bergambar..hehehe..dalam list no 20..nape tak percaye ke?

Stiker ATOK.MTB

Stiker ATOK.MTB

Moh kita blajor cakap Pahang...

Moh kita blajor cakap Pahang...
Ikan Patin masak tempoyak...