Tandatangan buku pelawat

Demam Touring!!

Kepada rider atok.MTB..cerita pasal race di PCP ahad lepas masih dalam peringkat pengumpulan gambar..harap bersabar..mari kita sama-sama tengok semangat sedara kira belah pantai timur iaitu Fata yang dah mula membuat latihan Touring bagi persiapan Touring Mentakab - Kuala Atok nanti.

Menurut Fata, pada Sabtu lepas dia telah membuat kayuhan touring dari rumahnye di Kerteh ke Kemaman..Jarak kayuhan adalah 74 km sahaja pergi balik..

Masa kayuhan adalah 4 jam 10 minit..dan rehat lebih kurang 2 jam..
Mana tak nye..ini bukan laa kayuhan hujung minggu seperti kebiasaan..basikal MTB old skool yang dah lama bersawang telah dipasang dengan beg touring..katanya berat keseluruhan mencecah 20kg..dah macam nak round satu Malaysia jer..
kepada lain-lain rider atok.MTB..siap sedia beg touring masing-masing..nanti kain baju kena bawa dengan basikal..tak boleh tumpang kereta atau marshall..

Stiker ATOK.MTB

Stiker ATOK.MTB

Moh kita blajor cakap Pahang...

Moh kita blajor cakap Pahang...
Ikan Patin masak tempoyak...