Tandatangan buku pelawat

Lagi 5 hari ke ECC...

Tak sampai lagi seminggu, 7 keluarga dari @tok.MTB akan ke Melaka di mana akan menurunkan 8 rider ke ECC MTB Nite Jamboree 2010 pada 30-31 Oktober ini. Lampu-lampu untuk kayuh malam harap sudah sedia. Tak kira laa lampu minyak tanah, gaselin atau Dynamo. Janji terang. Rider harapan Eli & Amat harap dapat Top Ten.
Berikut di maklumkan tempat-tempat penginapan kepada mereka yang terlibat. Bagi keluarga Amy&Makngah iaitu Eli&Family, Amat&Family dan Ejoy&wife akan menginap di banglo Honey Villa. Alamatnya adalah No.35, Jalan TU 13, Tmn Tasik Utama, Air Keroh. Boleh laa daftar masuk pukul 2.00 petang.

Di atas adalah peta ke Honey Villa. Jarak banglo ini ke Dataran Ayer Keroh (starting ECC) adalah dalam 4 km sahaja. Gambar dalam banglo boleh di lihat di sini kalau tak jumpa Yan akan guide

Bagi keluarga Pak Teh Fata&wife dan Pak Long Haizar&family akan menginap di Homestay Bukit Katil di atas. Alamatnya adalah No.5, Jalan BKI 9B, Tmn Bukit Katil Indah, Bukit Katil. Boleh daftar masuk pukul 2.00 petang juga. Jarak homestay ini ke starting point adalah dalam 5km sahaja. Gambar dalam rumah boleh klik di sini
Bagi kelurga Anjang, akan menginap di hotel di mini Malaysia Ayer Keroh. Yan balik Ayer Molek laa..

No plat kita sudah keluar. Jadi boleh laa dijampi siap-siap untuk kena lucky draw
Harap-harap semua rider dapat habiskan 5 check point yea. Jangan naik lori lagi..

T-shirt yang bakal menjadi koleksi t-shirt tahun 2010

Jadi, sila aturkan jadual anda masing-masing. Kayuhan bermula jam 8.00 malam. Pukul 7 dah nak kena kumpul di Dataran Ayer Keroh. Bawa laa tikar ke sejadah boleh magrib kat parking kereta. Siapa musafir boleh laa jamak takhir. Bagi kaum ibu dan anak2, janganlah duduk di Banglo pada malam itu, orang melaka bolah bawakan pegi makan Ikan Bakar ke, kat Umbai..lepas makan boleh tunggu di penamat memberi sokongan. Pagi Ahad dah boleh pergi shopping pula di Bandar Melaka Maju 2010

Kayuhan Melaka Maju 2010

Semperna menyambut hari Melaka Maju 2010 yang bakal di adakan pada 20 hb 10, tahun 2010 dan jam 2010, satu acara Kayuhan Melaka Maju telah di adakan di Sg. Rambai bagi membuat rekod Malaysia untuk menghimpun 2010 rider
Yan solo jer dari @tokMTB yang turun ke Sg. Rambai (memandangkan balik Ayer Molek) untuk sama-sama memeriahkan acara

Walaupun solo, tak sangka jumpa jiran belakang rumah Bkt Bendera..saudara Aqim (Jersi merah) anak makcik Nab..dan Abg Din dari Felda Bkt Puchong, Triang..mereka adalah rider daripada Muar, Johor kerana sekarang bertugas di Muar
geng2 dari MastanaMTB..kita jumpa di ECC Nite Ride pula nanti..boleh berkenalan dengan rider @tokMTB
Cikgu Ali buka gerai jual parts..nak setting pun boleh
ketika menunggu untuk di lepaskan
di samping sedang di kira oleh wakil Malaysia Book of Record bilangan rider
melebihi 2010 rider...rekod tercapai!
yang tak bestnya..menunggu sampai 2 jam..dah pukul 10 masih menunggu CM
saudara Jai JBC juga turut serta..
bersedia untuk dilepaskan pada jam 10.30 pagi..dah panas

deretan konvoi...
geng fixie..
basikal tua pun ada..
sempoi..

Tak tunggu pun Lucky Draw memandangkan ada hal jam 1 petang..no plat 2142 untuk simpanan koleksi tahun 2010..

Eco Hunt Berbasikal

Bersemperna sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia 2010..Jabatan Alam Sekitar Malaysia dengan kerjasama Jabatan Lanskap dan Taman, Perbadanan Putrajaya menganjurkan Eco Hunt
Berbasikal pada:-
Tarikh : 23.10.20100
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Tapak Lapang bersebelahan Wisma Sumber Asli, Presint 4
pada sesiapa yang mempunyai kelapangan boleh laa kita sama-sama memeriahkannya..masuk
FREE jer..
ada 2 Kategori:-
1. Fun Ride (Individu/Kelab) 15km-20km..basikal MTB / RB

2. Family Eco Hunt (Ibu bapa dengan kanak2) 5km-7km..basikal bebas

@tok bersantai di Putrajaya Interpark Ride

Setelah hampir 2 bulan tak berkayuh, akhirnya pasukan @tok.MTB mulakan kayuhan berpasukan di Putrajaya Interpark Ride kali -2 di Taman Wetland pada 3.10.2010 lalu.. Tahun ni tiada kayuhan raya di Kuala Atok memandangkan rider @tok rata-rata balik rumah mertua
6 rider kali ini Yan, Eli, Iwan, Anjang, DeDin dan Pak Itam..Macam biasa akan JV dengan geng Nilai MTB ada 3 Rider Di garisan permulaan
Eli kali ini berkayuh dengan basikal 'pelik' nye..single speed..kira tranning nak cari stamina lebih untuk ECC nanti
Iwan dengan RB Peuoget Old Skool..De Din dengan bike Touring..nasib baik sikit jer off-road
Pak Itam..jauh datang dari Mentakab untuk turut serta Interpark Ride kali ini
Ketika di check-point Bukit Saujana Hijau
ada Sandwish..pisang dengan air mineral..terima kasih penganjur..



Team @tok di Puncak Bukit Saujana Hijau..dari kiri Iwan, De Din, Pak Itam, Yan, Eli dan Anjang
Pemandangan cantik kat sini
memang meriah


abis kayuhan, tunggu lucky draw
ada makan mee hoon pulak..best betul laa
Eli...kena lucky draw..meter cat eye tu!
saudara Edzuan (baju putih)..orang kuat penganjur dari Perbadanan Putrajaya
ini orang..Mr Jimmy Chow..suka sangat ambik gambar...TQ Jimmy..gambar copy dari FB dia

Senarai peserta Atok.MTB ke ECC Nite Jamboree

Comfirm @tok.MTB hantar 8 rider ke ECC MTB Nite Jamboree 2010 di Melaka. Di atas adalah senarai nama yang dah di daftarkan. No plate belum keluar lagi, jadi belum boleh jampi untuk kena lucky draw. Tahun ni lagi meriah lebih 1000 rider..
Bersiap sedialah dengan lampu yang power dan bekalan2 yang sepatutnya..Rider harapan @tok Top 10 mesti dalam tangan..

Stiker ATOK.MTB

Stiker ATOK.MTB

Moh kita blajor cakap Pahang...

Moh kita blajor cakap Pahang...
Ikan Patin masak tempoyak...